Nuffnang

Khamis, 21 Jun 2012

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> dibenci kerana Anida &#39;Seindah Sakura&#39; | Oh! Artis <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 09:15 PM PDT

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Dibenci masyarakat sekeliling hanya kerana lakonan antagonis atau watak jahat? Benda ini ada positif dan negatifnya. Kalau dipandang dari sudut positif, lakonan yang menjadi tetapi dari sudut negatif orang pula membenci. Inilah kemelut Wan Sharmila mengakui pernah di pandang serong oleh masyarakat sekeliling hanya kerana watak dibawanya dalam lakonan.

"Dulu orang benci saya kerana watak Yvone menerusi drama bersiri Nora Elena. Kini, orang benci saya kerana Anida menerusi drama bersiri Seindah Sakura."

Pada mula penglibatannya dahulu, sememangnya dia kurang selesa dilabel gedik dan jahat. Namun Wan Sharmila Wan Mohamad kini sudah boleh menerima yang semua itu membuktikan kredibiliti dalam bidang ini, selain pendorong untuk mencabar kemampuan diri.

"Memang rasa tak selesa bila digelar perempuan jahat. Pernah satu hari, ketika sedang beratur untuk membeli minuman, ada beberapa orang berhampiran saya berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah saya. Namun bila sering berdepan dengan pengalaman sama, saya rasa sudah biasa dengan situasi sebegini."

Tidak hanya memberi kesan terhadap golongan dewasa, Wan mengakui, lakonannya itu turut memberi kesan kepada kanak-kanak.

"Kebetulan, saya terbaca sebuah blog yang menceritakan mengenai anaknya bertanya mengapa dia memotong rambut pendek seperti perempuan jahat di dalam televisyen. Perempuan jahat yang dimaksudkan itu adalah saya kerana menerusi Seindah Sakura saya berambut pendek dan dia sering menonton drama itu bersama ibunya. Bila saya baca, rasa tak seronok juga kerana saya boleh bayangkan, jika anaknya itu berjumpa saya tentu dia lebih takut."

Namun begitu, Wan Sharmila akan tetap menerima watak jahat selepas ini. Tiada masalah baginya kerana itu bermakna lakonannya berkesan dan menjadi. Tidak kurang juga ada yang memberi pujian menambahkan lagi semangat gadis berumur 31 tahun ini. Jika diikutkan, dia sebenarnya adalah seorang yang pendiam dan tidak gemar bergaul dengan orang lain.

Sememangnya watak lakonan hanyalah sekadar watak lakonan. Dia baru sahaja selesai penggambaran bagi drama bersiri Rock Kapak yang akan disiarkan di Astro Warna bermula 19 Jun ini.
Rock Kapak bakal menggandingkan Wan bersama Jalil Hami, Kazar dan Acong. Sama-sama kita nantikan adakah satu lagi watak antagonis dibawanya.

OH ARTIS: BERLAKON BAIK KE JAHAT KE, JANJI REALITI KENA BENAR. YANG REALITI JUGA LAKONAN, PARAH!

londonperfume

vimax

vimax

hawanafsu

vimax

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan