Nuffnang

Jumaat, 8 Jun 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


Diana Danielle Terima Cincin <b>Farid Kamil</b>

Posted: 31 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2012: Pelakon Diana Danielle akui cincin mas putih bertahtakan sebutir berlian yang disarung ke jari manisnya, merupakan pemberian daripada sang kekasih hatinya, Farid Kamil.

Namun, Diana Danielle menafikan cincin itu merupakan tanda dia sudah mengikat tali pertunangan atau merisik.

Sebaliknya ia hanyalah hadiah hari ulang tahun hubungan percintaan mereka.

"Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid Kamil ketika kami sambut hari ulang tahun percintaan yang kali ketiga kami pada awal tahun ini.

"Jangan salah anggap dengan pemberian cincin ini, ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja," katanya yang mengelak untuk mengulas lanjut.

Pelakon Magika itu diminta mengulas selepas dia dilihat mengenakan cincin tersebut ketika majlis tayangan perdana filem yang dibintanginya iaitu Jiwa Taiko yang berlangsung di e@Curve, malam semalam.

Dalam pada itu, Diana Danielle yang ditemani oleh Farid ketika tayangan perdana tersebut berkata, hubungan mereka sedang dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Kami memang merancang hendak berkahwin tetapi belum dapat pastikan sama ada tahun ini atau tahun hadapan kerana saya tidak mahu menjanjikan apa-apa.

"Takut nanti lain jadinya dan kita juga tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.

"Apa yang boleh saya beritahu, bila semua benda sudah selesai dan kami sudah setuju untuk memberitahunya, saya akan umumkannya juga," luahnya lagi.

Membawa bersama Farid Kamil ke tayangan perdana tersebut, Diana Danielle berkata Farid Kamil seorang yang sangat menyokong kerjaya lakonannya.

Malah, apabila ditanya adakah Farid Kamil tidak cemburu dengan adengan romantiknya yang berpelukan dan berciuman bersama Remy Ishak di dalam filem tersebut, Diana Danielle menjawab dia bersyukur kerana Farid memahami.

"Tiada masalah kerana dia sangat memahami dan dia juga tahu apa yang dilihat itu hanya adalah camera trick sahaja.

"Malah dia pun sebelum ini pernah bekerja dengan pengarah yang sama iaitu Osman Ali. Jadi rasanya tiada masalah," ulasnya.

Selain Diana, Jiwa Taiko turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fizz Fairuz, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Bront Paralae dan ramai lagi.

Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd yang mendapat kerjasama edaran Metrowelath Sdn Bdh (MIG) itu bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia mulai 14 Jun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan