Intan Ladyana - Google Blog Search |
<b>Intan Ladyana</b> Belum Sedia Dikahwini Kamal Adli Posted: 29 May 2012 06:43 AM PDT Intan Ladyana belum sedia dikahwini Kamal Adli ok? 3 tahun menyemai cinta Intan Ladyana belum lagi sedia dikahwini Kamal Adli maklumnya. Setelah lebih 3 tahun pelakon manis Intan Ladyana menyemai cinta bersama buah hatinya Kamal Adli. Ketika berlangsungnya majlis pratonton dan juga sidang media filem Gerimis Mengundang semalam, pelakon manis itu telah turut turun padang untuk memberi sokongan moral kepada filem lakonan kekasihnya itu. Dalam filem tersebut Kamal Adli digandingkan dengan aktres Indonesia Olivia Jensen yang agak seiras dengan wajahnya. Ketika pihak media bertanya sama ada wujudnya perasaan cemburu apabila melihat Kamal Adli berdampingan Olivia Jensen dalam filem arahan Ahmad Idham itu, Intan Ladyana ternyata berfikiran terbuka.
Intan Ladyana juga akur bahawa hubungan mereka pernah digegarkan dengan cabaran yang lebih hebat termasuk peranan media yang pernah cuba mengaitkan nama Kamal Adli dengan Olivia bagi mempopularkan filem berkenaan beberapa ketika lepas.
Ditanya di manakah kesudahan cerita cinta mereka berdua, bagaimanapun Intan Ladyana enggan menetapkan jangka masa tertentu kerana percaya dengan takdir Tuhan yang sememangnya sudah tertulis satu perancangan buat mereka berdua. Namun sebagai kekasih, dia akan cuba menjaga sebaik-baiknnya hubungan berkenaan dan berusaha supaya berakhir dengan cara yang diredhai sebaiknya. "Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan harus di buat tergesa-gesa. Banyak perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum kami berdua memutuskan untuk berkahwin. "Sebagai wanita yang hidup di zaman moden, saya masih sedang berusaha mengumpul duit dan aset sendiri sebagai perlindungan dan bantuan di masa akan datang atau kecemasan nanti. Lagipun bukan mudah untuk menjadi isteri di zaman sekarang. "Situasi sama juga dengan Kamal Adli, Bukannya mudah untuk bergelar suami. Tanggungjawab sangat berat dan pastinya simpanan juga perlu ada dan kukuh. "Saya harap, biarlah perkahwinan itu nanti akan menjadi pertama dan yang terakhir dalam hidup saya. Tak perlu terlalu tergesa-gesa dan berakhir kepada penceraian," katanya. Intan Ladyana Belum Sedia Dikahwini Kamal Adli – Hiburan @ forblogger.net. Respons10 Artikel Pilihan Ramai... |
You are subscribed to email updates from Intan Ladyana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan