Nuffnang

Jumaat, 8 Jun 2012

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Watak Keibuan Satu Cabaran Buatnya - CintaImaginasi

Posted: 18 May 2012 03:13 AM PDT

BERMULA 22 Mei ini, sebuah drama bertajuk Arah Lain Ke Syurga bakal menemui penonton menerusi saluran TV2.

Drama ini mengandingkan Wan Sharmila Wan Mohamed, 31, dan Norman Hakim, 36, akan ke udara jam 10 malam.

Berbicara mengenai watak yang dibawanya, Wan Sharmila ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, dia tidak sangka ditawarkan watak yang berlainan berbanding drama sebelum ini.
"Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Qaseh yang pada mulanya merupakan seorang gadis naïf yang cuba melarikan diri dari rumah kerana terlalu mengikut kekasih.
"Qaseh berubah menjadi seorang wanita yang tabah dan cekal apabila dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.
"Pada masa yang sama, Qaseh ni masih belum berkahwin, tetapi dia terpaksa menjaga anak tersebut yang sudah kehilangan ibu dan bapa,"katanya.
Mengulas lanjut mengenai watak tersebut, Sharmila mengakui ia agak mencabar kerana susah untuk menjadi seorang ibu yang mempunyai sikap keibuan yang sangat penyayang.
"Sebenarnya memang susah nak bawa watak ni, sebab saya tidak pandai memegang bayi dan saya risau jika bayi tersebut akan terjatuh.
"Tambah pula, saya belum pernah ada anak, dan watak ini jarang dibawa oleh saya sendiri," katanya lagi.
Bagi Sharmila, ini adalah satu cabaran kerana dia perlu mendalami naluri menjadi seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya walaupun hanya anak angkat.
Bagaimanapun, dia gembira kerana dapat melakonkan watak sebegini buat pertama kalinya.
Tidak ketinggalan, Sharmila sedang menjalankan drama bersiri terbarunya bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Musim Cinta Belum Berlalu.
Nota : Agak tengelam timbul juga pelakon ini.Apa-apa pun Cinta suka lokonan pelakon wanita ini terutama sekali apabila memegang watak jahat sungguh menjadi lokonannya.Semoga berjaya Cinta ucapkan kepada pelakon yang sedang meningkat naik ini

TERKINI SENSASI: <b>Wan Sharmila</b> Jadi Ibu Hot

Posted: 20 May 2012 06:27 AM PDT

Wan Sharmila akan menjadi seorang ibu?wah dengar katanya susah nak jadi ibu kerana sudah biasa hidup solo dan tidak ada pengalaman menjadi ibu bagi menjaga anak dengan penuh kasih sayang .Berikut komen Wan Sharmila ketika di tanya tentang pengalaman memegang watak seorang ibu dalam slot drama Arah Lain Ke Syurga yang bakal ke udara di Tv2 pada 22 Mei ini 

Drama ini menggandingkan Wan Sharmila dengan aktor Norman Hakim. Sharmila risau ketika hendak melakonkan watak tersebut kerana dia tiada pengalaman memegang bayi dan khuatir bayi tersebut jatuh sedang dia menggendongnya.Bagi Sharmila, ini adalah satu cabaran kerana dia perlu mendalami naluri menjadi seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya walaupun hanya anak angkat.

Fuh~~=P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan