Nuffnang

Sabtu, 22 September 2012

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Dakwah <b>6ixth Sense</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 13 Aug 2012 07:16 PM PDT

Tak gentar hilang peminat dengan album baru berkonsep kerohanian

Tidak takut kehilangan peminat kerana perubahan genre muzik yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian, kumpulan 6ixth Sense yakin langkah berani mereka itu mampu menarik perhatian pendengar baru.

Selepas tiga single dalam album terbaru iaitu Penerang Hati duet bersama Saujana, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta diedarkan, kumpulan yang ditunjangi Adi sebagai vokalis, Gjie (gitar utama), Wan (dram), Athan (gitar kedua) dan Ayoy (bes), mengakui menarik perhatian lebih ramai pendengar terutama peminat nasyid.

Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik" – 6ixth Sense, Penyanyi

Menemui kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta ini pada majlis pelancaran album terbaru Tentang Kita di Restoran Tumis, Solaris Dutamas, mereka sepakat memilih arah ini untuk sama-sama menyebarkan dakwah secara santai.

Album paling sukar diterbitkan

"Kami tahu, kami bukanlah baik sangat seperti alim ulama kerana apa yang kami sampaikan melalui album ini pun secara santai saja.

"Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik. Tapi apa salahnya kami mencuba sesuatu yang berbeza berikutan keadaan pun sudah mengizinkan," katanya.

Adi berkata, dari dulu lagi, 6ixth Sense pernah menyampaikan lagu kerohanian seperti Menyesal, Cinta Matiku dan Cinta Yang Sempurna cuma mesejnya tidak terlalu serius.

"Album ini sebenarnya tidak serius kerana kami hanya menyampaikan yang asas saja seperti cinta kepada tuhan, nabi dan ibu bapa," katanya.

Adi berkata, album itu mengambil masa tiga bulan saja untuk siap dengan proses pembikinan bermula September tahun lalu.

"Kami akui album ini adalah yang paling sukar untuk dihasilkan kerana takut berlebihan. Kami juga tidak biasa dengan genre begini mujur kami mendapat bantuan dari kumpulan nasyid seperti Saujana," katanya.

Mahu terbit banyak album kerohanian

Album Tentang Kita adalah adalah simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan. Tidak kira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Ia juga menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam melalui lagu berunsur nasihat dan panduan berguna. Malah penyertaan Saujana dalam album ini menyemarakkan lagi nilai kerohanian album berkenaan.

Memuatkan tiga lagu lain iaitu Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang dan Rasulullah, susunan muzik yang direncana sendiri oleh anggota 6ixth Sense ini pastinya mengekalkan keunikan mereka.

Antara lagu yang turut terbabit dalam album ini adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz.

Sementara itu, dengan kejayaan album ini, 6ixth Sense menyimpan hasrat untuk menghasilkan album kerohanian yang lebih serius lagi selepas ini. Tidak mahu hanya menyampaikan lagu pop, mereka mahu pelbagai genre dapat didengari peminat dari genre dangdut hinggalah reggae.

Info 6ixth Sense
Album : Tentang Kita (Penerang Hati, Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta)
Genre : Pop/Kerohanian/Rock
Album lalu : Hari Ini (2006), 6ixth Sense (2007) dan +-?¿ (2010)
Rekod Label : Rumpun Record Snd Bhd, Universal Sdn Bhd
Lagu popular : Tidak Bisa Memilihmu, Tanpa, Khatimah Cinta, Menyesal, Hari Ini Dan Semalam
Pencapaian : Penyanyi Duo/Kumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan