Nuffnang

Sabtu, 22 September 2012

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Azmeer, <b>Arja Lee</b> Terima Ijazah USM – Perak Today

Posted: 21 Sep 2012 08:22 PM PDT

Komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee berasa gembira apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM) selepas berhempas-pulas selama tiga tahun.

Menceritakan antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata, beliau terpaksa berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya seperti pelajar-pelajar lain tinggal di asrama kerana perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah," katanya selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, pada Jumaat.

Azmeer menerima kucupan tahniah daripada dua anaknya Afrisya Adlina (kiri) dan Alani Marrisya, sambil diperhatikan isterinya Azira Azid selepas majlis konvokesyen.

Azmeer yang ditemani isteri Azira Azid dan dua anak perempuan mereka, Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli, 29.

Arja dan kakaknya Lin Ramli serta ibu mereka Salmah Aziz memerhatikan ijazah yang diterimanya.

Arja berkata, ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepadanya dan keluarga.

Ditanya mengenai rancangan masa depan, Arja berkata, dia akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita percaya usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara," katanya.

- BERNAMA

Azmeer, <b>Arja Lee</b> terima Ijazah USM

Posted: 21 Sep 2012 07:20 PM PDT

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr Omar Osman (tengah) mengucapkan tahniah kepada Arja Lee (kiri) dan Azmeer.

GEORGE TOWN: Selepas berhempas pulas selama tiga tahun akhirnya komposer terkenal Azmeer dan pelakon Arja Lee berasa gembira dan bangga apabila mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Azmeer berkata antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar adalah beliau terpaksa berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik.

"Sama seperti pelajar-pelajar lain, saya juga tinggal di asrama kerana saya perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memperoleh ijazah,"

katanya selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, pada Jumaat.

Ditemani isteri Azira Azid dan dua anak perempuan mereka, Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, Azmeer mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana telah memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran,"

katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Sementara itu, seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli, 29.

Arja Lee berkata, ijazah itu merupakan hadiah yang paling bermakna kepadanya dan keluarga.

Arja yang ditanya mengenai rancangan masa depannya berkata, sebelum dia merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana, dia ingin menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan .

Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman. Beliau berkata, Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah pada hari ini dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita yakin usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara,"

katanya. - Info Artis @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan