Diana Danielle - Google Blog Search |
Gambar Majlis Pertunangan <b>Diana Danielle</b> Posted: 11 Sep 2012 08:36 PM PDT Majlis pertunangan Diana Danielle dan Farid Kamil diadakan secara rahsia dan tertutup pada 2 September 2012 lalu. Semalam, Diana Danielle bermurah hati untuk berkongsi dengan peminat beliau gambar-gambar yang diambil ketika hari pertunangan beliau tempohari. Jom layan beberapa keping gambar eksklusif yang dikongsi melalui akaun Twitter Diana Danielle. |
Farid Kamil dan <b>Diana Danielle</b> disahkan Bertunang ~ Gossip Artis <b>...</b> Posted: 17 Sep 2012 06:48 AM PDT Pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara, di sini selepas menyulam cinta selama tiga tahun. Menurut laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dimana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu. Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar. "Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu. "Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana."Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh," ujarnya. Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan. Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan. -mstar |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan