Nuffnang

Jumaat, 14 September 2012

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


Aizat – Urusan <b>Aizat Amdan</b> (2010) | Speedrider Networks

Posted: 13 Sep 2012 09:33 PM PDT

Sangat jarang aku membeli sebuah album pop. Sangat sangat sangat sangat jarang. Kali terakhir aku beli pun adalah Krumania, itupun rasanya pada sekitar 1996-1997. Hahahaha!!! Jadi, ulasan kali ni adalah sangat berlainan kerana aku sedang mereview sebuah album pop, bukan  rock.

Aku tak beli pun album pertama Aizat (Percubaan Pertama), terus beli album ke-2 ni.

Album Aizat Amdan (Aizat) ini dilancarkan pada 7/7/2010 di bawah label Kasi Gegar Entertainment (macam-macam label sekarang eh?). Dulu yang aku ingat cuma company besar-besar saja macam WEA, Sony, BMG dan sebagainya. Kalau yang label tempatan pun, habis kuat SRC. Sejak-sejak zaman indie dah tak berapa indie dan nak menjadi mainstream habis, semua label-label baru meningkat naik. Info aku salah pun takpa sebab aku tak ambil tahu pun indie atau tak, janji barang yang aku beli tu bagus.

Salah satu sebab aku tertarik dengan album ni adalah kerana packaging dia. Memang cun mantop habis, lain dari yang lain. Aku rasa sebab tu la kot yang buat aku rasa nak  beli album ni. Punyalah aku berusaha nak kekalkan keaslian 'seal' tali pengikat tu, sampai sanggup tampal balik pakai jarum. Tapi apakan daya, memang sticker tu dibuat untuk bertindak sebagai 'seal'. Cun.

Selepas 'flip' muka depan, terus ternampak kata-kata aluan dari Aizat. Panjang berjela jugak yang ditulisnya. Dalam ucapan dia dah minta maaf awal-awal kalau ada salah dan silap bla bla bla…. Hahahah macam tahu-tahu aja eh?

Tracklist:

  1. Years From Now
  2. Mana Oh Mana
  3. Senyum
  4. Erti Hari Ini
  5. Susun Silang Kata
  6. Emotion
  7. Sungai Lui

Untuk album ni, terus terang aku cuma suka Sungai Lui. Selain daripada corak album, Sungai Lui adalah penyebab utama aku beli album ni. Lagu yang rileks. Dulu masa mula-mula aku dengar lagu Sungai Lui ni, aku ingatkan sungai ni ada di pedalaman. Ye lah, irama lagu tu macam tunjukkan sungai ni ada jauh dari bandar yang sesak.

Rupa-rupanya Sungai  Lui ni dekat Selangor aja pun!

Lagi satu, lagu yang kerap ke udara di radio adalah Mana Oh Mana dan Teka Silang Kata. Cuma aku tak berapa nak 'in' sangat dengan lagu-lagu lain kecuali Sungai Lui. Boleh dengar, tapi tak berapa nak 'in'.

Lagi satu ciri tambahan yang aku suka dengan album ni adalah ia dibekalkan dengan poster percuma. jadi, tak perlulah nak susah-susah nak minta poster dengan tauke kedai CD (macam aku selalu buat). Di belakang CD pulak, ada lirik untuk semua lagu.

Yang pasti, aku tak nak gantung poster ni kat rumah aku. Huhuhuhuuuuu….

Yang bagusnya, credit untuk pemuzik semua disenaraikan. Jadi, aku dan orang-orang yang suka kelebek habis album ni hasil kerja siapa, dapat tahu. Album yang baik dari Aizat, terutama packaging, dan kualiti rakaman. Lagi satu yang aku perasan, design CD adalah berdasarkan piring hitam, sangat cantik (pada aku). Jiwa old school jugak Aizat ni eh?

Rating Aku: 3.5/5.0

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan