suki oiam - Google Blog Search |
Opss Media | Berita | Hiburan | Sukan | Pelbagai: Kes <b>Suki</b> Bernilai <b>...</b> Posted: 30 Jul 2012 06:28 PM PDT Kes Suki Bernilai RM367K Ditunda, Akui Trauma DitahanKeputusan kes tuntutan RM367,000 yang difailkan oleh juara program realiti One In A Million musim pertama, Suki terhadap syarikat rakaman, Galaxy Music Sdn Bhd yang sepatutnya berlangsung jam 4.00 petang tadi, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah ditunda ke 9 Ogos depan bagi membolehkan pihak mahkamah meneliti semula tuntutan yang difailkan oleh kedua-dua pihak. Menurut peguam yang mewakili Suki, Ong Yu Jian,
Suki atau nama sebenarnya, Suki Low Sook Wee memfailkan tuntutan tersebut pada Disember 2011 kerana mendakwa pihak Galaxy telah melanggar perjanjian membabitkan pemasaran album, Ladies Night di Taiwan pada 2010. Suki mendakwa beliau berasa teraniaya dengan janji palsu pihak terbabit yang memberi pelbagai alasan mengenai penangguhan promosi album tersebut di Taiwan. Suki turut memberitahu terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah sejak menandatangani kontrak dengan Galaxy pada tahun 2009. Ditanya sama ada beliau tidak mahu menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah, Suki memberitahu, Tiada pilihan lain, Suki meneruskan kes ini kerana mahu menuntut keadilan bagi pihaknya. Suki ketika ditemui turut memberitahu tidak berasa lega selagi kes ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, Mahkamah, Suki OIAM |
You are subscribed to email updates from suki oiam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan