Nuffnang

Jumaat, 14 September 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Hanya Anggap Almy Nadia Kawan?

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2012: Aktor, Fizz Fairuz akui selama ini dia hanya menganggap pelakon jelita, Almy Nadia hanya sebagai seorang kawan yang dia sayangi. Malah, Fizz Fairuz memberitahu dia lebih selesa menggunakan istilah kawan supaya kedua-dua belah pihak berasa bebas untuk berkawan sebelum menjadi pasangan suami isteri yang sah.

"Pada saya, kami tidak pernah bercinta dan lebih selesa mendefinisikan hubungan kami sebagai kawan. Selama ini saya berkawan dengan Almy dan saya amat menyayangi dirinya.

"Bagi saya, biarlah kami bebas berkawan dengan sesiapa dan saya tak mahu ada istilah bercinta itu kerana sebelum ini jika saya bercinta memang ianya tidak pernah kekal lama," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran filem Hantu Kapcai, di Cathay Cineplex, Damansara.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Almy Nadia, Fizz Fairuz memeberitahu hubungan mereka masih lagi baik, namun mereka belum merancang untuk membawanya ke peringkat seterusnya dalam masa yang terdekat ini.

"Kami masih berkawan dan saya juga sering bertanyakan khabarnya. Kami tak mahu push apa-apa buat masa sekarang ini. Meskipun saya sudah bersedia untuk memikul komitmen untuk bekerluarga, namun banyak lagi yang saya perlu persiapkan untuk ke arah itu.

"Lagipun saya sudah serik untuk komen apa-apa mengenai hubungan kami takut ia akan diperbesarkan seperti sebelum ini," luahnya lagi kepada murai.com.my.

Mengenai perkembangan terbaru Fizz, dia kini sedang menjalani penggambaran telemovie bersama pengarah Rashid Sibir berjudul Saka Nibong Tebal dan bakal muncul dalam filem Hantu Kapcai pada 27 September ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan