Nuffnang

Jumaat, 14 September 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Terharu Dikata Layak, <b>Lisa Surihani</b> Galas Cubaan Pertama

Posted: 07 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 7 SEPT 2012: Pucuk dicita ulam mendatang, barangkali begitulah perasaan aktres cantik, Lisa Surihani apabila dia ditawarkan membawakan watak sebagai Tun Siti Hasmah dalam pementasan Teater Tun Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 hingga 19 November 2012 depan.

Watak tersebut pada asalnya disandang primadona Erra Fazira, tetapi atas sebab-sebab komitmen lain yang tidak dapat dielakkan serta berlakunya perubahan tarikh, peranan sebagai tokoh kepada isteri kepada bekas Perdana Menteri Ke-4 Malaysia itu telah ditawarkan kepada Lisa Surihani.

Namun begitu, ada yang merujuk Lisa menjadi pilihan kedua selepas Erra tetapi aktres ini cukup positif dengan perkara ini malah dia berbangga dan terharu apabila Erra sendiri mengatakan dia adalah calon yang layak membawakan watak tersebut.

"Walaupun bukan Erra sendiri yang menghubungi Lisa bercakap pasal hal ini namun apabila dia mengatakan Lisa boleh membawakan watak itu di dalam sebuah artikel, ia sudah cukup menggembirakan dan saya tidak sangka Erra mempunyai pandangan sedemikian.

"Kalau orang nak bandingkan saya dan dia, itu terpulang kepada umum kerana itu adalah perkara yang subjektif. Pada Lisa sendiri, Erra merupakan seorang pelakon yang hebat dan sudah semestinya dia lebih bagus kerana sudah lama berlakon.

"Menerima komen sedemikian (layak melakonkan watak Tun Siti Hasmah) membuatkan Lisa mahu melakukan yang terbaik dalam percubaan pertama ini. Semua ini Lisa anggap sebagai rezeki kerana sudah lama berkira-kira untuk berlakon di pentas teater," jelasnya yang nyata gembira dengan tawaran membawa watak Tun Siti Hasmah.

Lisa yang ditemui di majlis rumah terbuka Kumpulan Media Prima Berhad petang semalam melahirkan perasaan teruja namun tetap gementar untuk beraksi pertama kali di pentas teater, apatah lagi melakonkan watak seorang negarawan negara.

"Sebenarnya, sudah lama Lisa ingin melibatkan diri dalam dunia teater dan sebelum ini pun Lisa ada menerima tawaran. Tetapi ketika itu semua tawaran datang tidak kena pada waktunya jadi Lisa terpaksa menolak.

"Selain mahu mencuba, sebagai seorang pelakon, Lisa sendiri merasakan ini merupakan salah satu cabang seni lakonan yang perlu Lisa belajar. Kalau perasaan pula, teruja juga tetapi tidak dapat dinafikan agak gementar sebab ini adalah percubaan pertama.

"Dapat pula watak Tun Siti Hasmah dan menggantikan Erra Fazira, susah juga kalau difikir-fikirkan tetapi Lisa akan tetap yakin untuk melakukan yang terbaik,"jelasnya kepada murai.com.my mengenai penglibatan pertamanya dalam bidang teater.

Pementasan Teater Tun Siti Hasmah yang diarahkan Erma Fatima ini turut dijayakan barisan pelakon lain seperti Sofea Jane dan Esma Daniel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan