Nuffnang

Jumaat, 14 September 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Cherita Emo-Temo: Iftar Bersama <b>Shaheizy Sam</b>

Posted: 12 Sep 2012 07:15 PM PDT

Cherita ni dah lama. Hampir sebulan yang lepas sebenarnya. Tapi memandangkan bulan Ramadhan yang lalu Jijah memang kekurangan masa untuk mengetuk kibod dek kerana sibuk menjual cookies katanya kan? Maka , tak kisahlah kan update selepas Ramadhan pun kan? HEHE. 

Kisahnya bulan Ramadhan yang lepas , secara tiba-tiba dapat DM dekat Twitter dari Shaheizy Sam Official FC yang katanya aku terpilih untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Shaheizy Sam. Aku agak terpinga-pinga pada permulaan nya. Iyelah kan, memang lah aku minat Sam , kenal Sam ( tak kan tak kenal kot Jah? over sangat kalau tak kenal hahaha ) , tapi bila tetibe dapat DM jenis macam tu Jijah agak , errr okay , apakah semua ini? Cuma aku ada juga tahu Sam nak anjurkan pertandingan ke apa entah ketika itu untuk peminat-peminat Sam menyertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Sam itu. Lagi hairan aku tak masuk pun maan-mana contest kan? Sekali kau, dapat jemputan pulak. HEHE , rezeki agaknya! :)

So , bertempat di PJCC iaitu berdekatan dengan pejabat MIG , aku pun bergigihan mengheret kakak aku ke tempat kejadian kan. Amboi , tempat kejadian bagai kan?! Hahaha.. Tapi kekdahnya , weols agak tak familiar dengan tempat PJCC itu. Gigih aku google maps bagai tau. Iyelah , kalau sesat barat karang , mahu aku meraung tepi jalan tak tahu arah tuju kan? Kata kau Jijah! Padahal pergi dengan Ayah kan? Hahahah , dramatic all the time! Hehehe..

Hampir sejam setengah juga weols mencari PJCC. Oh oh oh oh oh rupanya , tempat dia bukan susah sangat dari tempat yang weols selalu pergi. Cuma dia agak tersorok. Maka dan patut lah weols tak jumpa tempat tu. Sampai ada yang bagitau tempat tu dekat mana etc etc kan baru jumpa? Hiks. 

Actually , aku tak ambil gambar banyak mana. Lagi sadis tak ada pun gambar aku dengan Sam pun kan? Acara wajib sepatutnya kena bergambar dengan retis tu kan?! Tapi biasalah kita mampu merancang but at the end, lain pula jadinya. Aku terpaksa balik awal dan ada masalah lain kan. Anyway , jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku snap! ;)


muka bulan Ramadhan lepas. oh em geyy , tembam nya pipi. k , baru sedar diri! hahaha *panggggggggg
See? Sikit sangat kan gambar yang Jijah snap? Heheh , memang sikit sangat uols. Lagipun tengah puasa kan masa tu? Haruslah keadaan agak lemau kekdahnya! Ewah, alasan semata-mata sangat tau! Ekekekek. Oh , masa majlis berkenaan turut bersama ialah Along Rajalawak , Mawi dan juga Amran Ismail. 
Hiks , Jijah cuma sempat bergambar dengan Mawi dan Amran Ismail saja. Dengan Sam pun tak sempat sebab kekalutan balik awal katanya! Hehehe. Kalau tidak haruslah posing vogeh sokmo khen?! Kata kau Jijah! Hahaha.. eh nak tengok apa lagi? Okay , gambar yang sempat snap saja bersama Mawi dan Amran Ismail tu katanya...


Amran Ismail dengan kakak Jijah.
Begitulah kekdahnya. Tak banyak gambar membuatkan aku jadi kejung tak tahu nak bercherita pasal apa. HEHE. Lagipun aku update sekadar untuk mengabadikan semua benda dalam belog kesayangan kan? Tak ada niat lain pun. Katanya. Sebenarnya juga, ehem, muka aku ada termasuk dalam surat khabar sekali lagi. Gambar secara berjemaah dengan Sam. Tak tahu pun mula-mula. Sampai kakak aku bagitahu. Heh. Tapi sebab gambar kecil, aku tak gigih pula nak snap ke atau apa kan? Hahahah..cuba kalau macam yang muka aku keluar masa ambil tiket nak pi ABP tempoh hari tu kan? Mesti awal-awal lagi dah pung pang pang pong bagitahu orang khennnn? Hahahah..kejis sangat Jijah ni tau! :p
Rasanya macam tak ada lagi nak dicheritakan. Majlis Berbuka Puasa bersama Sam tempoh hari memang sangat santai. Sam pun sempat beramah mesra sekejap bersama semua peminat-peminat. Majlis yang sangat santai. Macam biasalah kan? Sam memang sangat peramah dengan semua orang. Hiks.
Last but not least. Gambar yang ala-ala masuk dalam surat khabar katanya. Katanya lah.
kamera cap ayam. faham-faham saja macam mana kan?
Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tiada ulasan:

Catat Komen