Farawahida - Google Blog Search |
<b>Farawahida</b> Belum Sedia Berkahwin | 1001 Cerita Menarik Posted: 24 Sep 2012 08:15 AM PDT Sila Klik LIKE Sekarang Kalau Anda Suka Sedekad jalin kasih bersama jejaka pilihan, Farawahida mahu kumpul aset dulu MASIH belum ada isyarat menandakan penyanyi Farawahida bakal menamatkan zaman bujang tahun ini. Dulu dia pernah menyatakan 2012 adalah tahun sesuai untuk menamatkan status solonya kerana usianya menginjak 27 tahun. Farawahida atau lebih akrab disapa Fara pernah menyatakan usia itu paling sesuai untuk dirinya bergelar isteri orang. Namun, soal jodoh adalah rahsia Allah. Rancanglah apa pun, jika tidak mendapat keizinannya, pastinya tidak akan berlaku. Disebabkan itulah, hubungan Fara bersama jejaka yang dikenali sedekad lalu kekal sebagai pasangan kekasih. Mengulas lanjut, Fara mengakui bukan niat mereka untuk menangguhkan hari bahagia yang diimpikan. Cuma kata penyanyi mula dikenali melalui lagu Tanpamu ini, jika boleh, biarlah sebelum berkahwin, segala keperluan asas disediakan mereka. Mahu miliki rumah sendiri "Bukan kami tidak pernah berbincang soal perkahwinan. Malah sepatutnya dalam usia 27 tahun ini, Fara sudah bergelar isteri. Kebanyakan ahli keluarga Fara mendirikan rumah tangga pada usia ini. Cuma Fara harap, sebelum kami berkahwin, kami sudah ada rumah sendiri. "Fara tak mahulah selepas kahwin, Fara masih menumpang di rumah keluarga Fara atau mentua. Kami mahu belajar berdikari dan menguruskan rumah tangga sendiri. Bagaimanapun, bukanlah bermakna kalau tak ada rumah, kami tak boleh kahwin. Jika sudah sampai seru, kahwin saja," katanya. Ditanya tidakkah risau berkawan lama-lama kerana dalam situasi seperti itu, dugaan sentiasa datang menghampiri, gadis yang berasal dari Taiping, Perak ini berkata, perkara itu tidak pernah menggusarkannya. "Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik saja. Lagi pun, kami sudah saling mengenali hati budi masing-masing sejak 10 tahun dulu iaitu ketika di bangku sekolah lagi. Andai jodoh kami tiba, kami mahu kahwin terus, tak perlu nak bertunang. "Kalau bertunang pun mungkin dalam tempoh yang singkat seperti tunang kemudian terus bernikah. Senang tak payah nak buat banyak majlis," kata Fara. Cari idea terbit single baru Mengulas kerjaya seninya, Fara berkata, ketika ini, dia sedang mencari bahan untuk menghasilkan single keduanya. Sebelum ini single pertamanya, Jangan Tanya Aku Lagi mendapat sambutan hangat dan sering diputarkan di corong radio. "Memandangkan single ini dibuat menggunakan wang saku Fara sendiri, jadi Fara mahukan yang terbaik. Cuma sekarang Fara berdepan dilema iaitu single bagaimana yang sesuai untuk Fara hasilkan. Jika zaman bersama Julfekar dulu, lagu Fara kebanyakannya rancak. "Namun selepas bergerak sendiri dan menghasilkan lagu Jangan Tanya Aku Lagi, ramai peminat mahu lagu berentak slow. Tengoklah nanti," katanya yang merancang menghasilkan single terbaru awal tahun depan. Terdahulu, penyanyi berkulit hitam manis ini ditemui pada majlis pelancaran program masakan Variarasa Sunquick Celebrity Cook Show di Petaling Jaya, minggu lalu. Pada majlis itu, Fara menyediakan hidangan berbentuk minuman berasaskan kordial terkenal itu yang diubah suai mengikut resipi disediakan. Program 13 episod terbitan Sabatham's Vision Sdn Bhd itu akan disiarkan setiap hari Ahad, jam 12.30 tengah hari mulai 7 Oktober depan di saluran TV1.(Metro) Nota: Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri. P/S: Rahsia Perniagaan Online dan Online Marketing Tambah Pendapatan Dengan Menjawab Soalan Servey FarawahidaRelated posts: |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan