Fizo Omar - Google Blog Search |
:: MYARTIS.COM ::: <b>FIZO OMAR</b> BERCINTA DENGAN DOKTOR Posted: 12 Aug 2012 02:18 PM PDT Setelah didesak berkali-kali oleh media, akhirnya pelakon Fizo Omar, 27, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar mengakui dia kini sudah memiliki teman istimewa. Bagaimanapun, Fizo enggan mendedahkan siapakah gadis tersebut melainkan memberi gambaran yang sigadis masih melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran. "Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Tapi saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi. Tapi saya dan dia memang sudah lama kenal dan kami berkawan. Fizo ketika di Mekah - Klik untuk imej besar... "Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal bercinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan serta keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah", ujar Fizo dipetik sebagai berkata. Menjawab soalan lain, tanpa berdalih Fizo berkata dia mahu berkahwin dalam masa setahun lagi ketika usia 28 tahun. Bagaimanapun, mungkin kerana segan... dia kemudian mengubah pendiriannya iaitu hanya akan berkahwin sebelum usia 30 tahun. Untuk info, baru-baru ini Fizo telah menunaikan umrah dan menyambut hari lahirnya di tanah suci Mekah. Lebih manis, dia pergi bersama ibunya, Hasnah Jidin, 62, setelah hasrat membawa ibunya dipendam sekian lama. "Allhamdulillah walaupun suhu cuaca 50 darjah celcius, tapi tidak terasa sangat panasnya. Dapat berbuka puasa di sana, satu pengalaman yang unik. Bayangkan kami hanya menjamah kurma sahaja tapi tahan sehingga solat Isyak. Selain dapat sambut hari jadi di sana, hasrat saya nak bawa ibu sudah tercapai", tambah Fizo yang akan beraya di Kelantan pada hari raya nanti. |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan