Nuffnang

Rabu, 12 September 2012

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


Rita Rudaini Cabar <b>Jue Aziz</b> Kemuka Bukti |

Posted: 30 Aug 2012 08:12 PM PDT

Selepas gosip Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta dikeluarkan beberapa minggu lalu, Rita Rudaini hari ini tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya.

jue aziz rita

Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-

Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota

rita baru

Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-

Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

jue

Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-

Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Ada betulnya juga kata-kata Rita Rudaini itu. Mungkin ini adalah salah faham antara mereka berdua. Abang Nara rasa Jue Aziz dan Rita patut bersemuka dan berbincang secara baik-baik mengenai hal ini. Selesaikan secara senyap dan tak perlu berbalas kenyataan di media. Tak gitu? Apa kata anda?

Baca Yang Ini Pulak:-


Rita Rudaini Mencabar <b>Jue Aziz</b> | MyNewsHub

Posted: 31 Aug 2012 03:08 AM PDT

Rita Rudaini menerusi sebuah akhbar telah mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue Aziz dan suaminya, Aidil Zafuan.

Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi akhbar tersebut iaitu :

"Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula?

"Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat?

"Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota," katanya.

Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz itu jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua.

Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut.

"Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.

Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya.

Menurut Rita, dia sendiri mengetahui tentang gosip ini (percintaan Aidil dan Jue) menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut.

Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!

Rita Rudaini Terima Surat Dari Peguam Suami

'Lelaki Misteri' Hentam Rita Tutup Akaun Twitter

Rita Rudaini Tuntut Pemilik Twitter Mohon Maaf

Rita Rudaini Dakwa Diceraikan...Melalui SMS

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai

Klip Ungkit Mengungkit Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Di Mahkamah Syariah

Rita Rudaini Hairan Aidil Tak Hadir Bicara Nusyuz

Rita, Aidil Diarah Selesai Cara Baik

Saya Sedia Berjumpa Rita – Ayu Raudhah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Rita Rudaini cabar <b>Jue Aziz</b>

Posted: 30 Aug 2012 09:58 PM PDT

Rita Rudaini 'vs' Jue Aziz

Rita Rudaini telah melahirkan rasa kesal, terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue Aziz yang telah disiarkan menerusi artikel di pautan link [Rita jangan kaitkan saya dengan Aidil – Jue Aziz] ini beberapa hari lalu. Dalam kenyataan akhbar itu, Jue mendakwa Rita menuduhnya dan Aidil mempunyai hubungan.

"SAYA cabar dia untuk kemukakan bukti yang saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.

"Kalau dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," kata Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz.

Antara kenyataan Jue: "Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota."

 Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya keterlaluan.

"Sebenarnya saya sendiri dimaklumkan mengenai gosip hubungan Aidil dan Jue melalui rakan media yang menghubungi saya untuk mendapatkan komen apabila suami saya dikatakan rapat dengan pelakon itu.

"Sekitar Mac lalu.seorang wartawan sebuah majalah ada bertanyakan saya hal itu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue.

"Saya tanya Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya saya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua ini telah membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen.

"Kalau saya jahat sangat nak menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri," katanya lagi.

Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas oleh Rita adalah apabila wanita itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua.

"Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita itu dari mana dan siapa yang beritahu kononnya saya berkata begitu?

"Ini kerana sejak gosip itu berlegar Mac lalu saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta penjelasan daripadanya  kerana seperti yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil ingin buat.

"Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya.

"Saya makan garam lebih dulu berbanding dirinya dalam bidang seni ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur atau bangga diri, tapi harap dia jaga bahasanya itu.

"Kalau saya pernah senyap seketika pun,  tapi itu bukan sebab tiada 'job'.Saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

"Saya jarang terbabit dengan kontroversi sepanjang lebih 10 tahun berlakon. Melainkan isu 'kahwin lari' itupun kerana ingin melakukan perkara baik. Sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya.

"Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya. Jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri bukanlah seorang artis yang boleh dianggap 'bersih dan bebas' kontroversi," kata Rita.

Bagaimanapun Rita menyerahkan pada umum untuk menilai perkara berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM Aidil. Malah Jue juga ada mengaku pemain bola sepak itu, baru-baru ini ada berhubung dengan beliau untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua.

"Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue yang menilai sendiri. Saya percaya pembaca bijak menilai.

"Jue memberitahu media yang suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya. Saya masih lagi isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat 'retak menanti belah'.

"Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar dan menafikan cerita itu jika ia tidak benar. Bukannya kita pula yang menuduh dan menghina isteri lelaki itu pada umum," katanya.

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan