Lisdawati - Google Blog Search |
- Our Wonderful Simple Life: Skipping rahsia <b>Lisdawati</b> kekal langsing
- Skipping Rahsia <b>Lisdawati</b> Kekal Langsing. | Berita Semasa Malaysia
- Fauzi Nawawi & <b>Lisdawati</b> Menunaikan Umrah, Ingin <b>...</b> - Opss Media
Our Wonderful Simple Life: Skipping rahsia <b>Lisdawati</b> kekal langsing Posted: 09 Aug 2012 06:14 PM PDT Dapat dari majalah Rapi keluaran 1 Ogos 2012. Jom kita baca temuramah antara wartawan majalah RAPI dengan Lisdawati, semoga menjadi inspirasi buat akakni... RAPI : Nyata Lis seorang yang pandai menjaga badan. Buktinya, lihat sahaja bentuk badan Lis. Masih tetap langsing dan fit. Sungguhpun Lis sudah mempunyai dua orang cahayamata namun Lis berjaya mengekalkan berat badan yang ideal. Apa rahsia yang Lis amalkan? Boleh kongsi dengan semua pembaca RAPI di luar sana. LISDAWATI : Oleh kerana setiap hari saya sering 'dihimpit' dengan waktu jadi saya tidak berpeluang untuk bersenam di luar. Jadi apa yang saya lakukan ialah melakukan aerobik di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi skipping memang saya lakukan setiap hari. Setiap satu sessi saya lakukan 200 kali skipping . Dalam sehari saya akan lakukan sekurang-kurangnya 1000 kali skipping. Walau bagaimanapun saya tidak menetapkan waktu-waktu tertentu untuk saya melakukan skipping kerana saya lakukan skipping mengikut waktu kelapangan. Jika waktu tengah malam ada masa lapang, saya akan lakukannya pada waktu itu. Bagi saya, lebih baik lakukannya pada waktu yang kita betul-betul ada kelapangan berbanding menetapkan waktu-waktu tertentu tetapi pada waktu tersebut kita sibuk atau terikat dengan urusan lain. Rasanya mudah ajer kalau skippingni tapi alasan akak yang rajinni rumah akak kecik. Tak sanggup mak mertua akak tengok akak berskipping depan dia.. kalau kat luar malu pulak nak terlompat-lompat maalumler bergegar nanti ... padahal tali skipping dah beli duduk diam-diam dalam laci.. alahai... impian kurus yang semakin jauh... |
Skipping Rahsia <b>Lisdawati</b> Kekal Langsing. | Berita Semasa Malaysia Posted: 25 Jul 2012 03:08 AM PDT Bagi mereka yang mempunyai masalah masa untuk ke gym atau kelas aerobik dan sebagainya, mungkin anda boleh mengikut jejak langkah pelakon jelita Lisdawati. Lisdawati yang menghiasi muka depan majalah kesihatan nombor 1 di Malaysia bulan ini mengatakan bahawa dia kekal langsing dengan skipping. Walaupun sudah dikurniakan 2 orang cahaya mata namun Lis dilihat mampu mengekalkan berat badanya serta kecergasan tubuh badannya. Menurut Lis, setiap hari, Lis akan dihimpit dengan jadual yang padat sehingga membuatkannya tidak mempunyai masa untuk bersenam di luar. Apa yang Lis mampu lakukan ialah melakukan aktiviti di dalam rumah sahaja seperti aerobik seminggu sekali. Namun untuk mengekalkan tubuh badan yang fit, Lis akan mengamalkan senaman skipping pada setiap hari. Dalam setiap satu sesi, Lis akan melakukan 200 kali skipping. Menurutnya lagi, dalam sehari, Lis akan pastikan bahawia dia akan melakukan sekurang-kurangnya 1000 kali skipping. Waktu yang dilakukan adalah tidak menentu. Ia bergantung kepada kelapangannya. Lis akan memastikan waktu tersebut bebas daripada sebarang urusan kerja. Selamat mencuba! Keyword:berat badan lisdawati~lisdawati skipping~majalah malaysia~rahsia skipping~rencana tentang dunia pendidikan dalam berita dimalaysia 2012~skipping kekal langsing~ |
Fauzi Nawawi & <b>Lisdawati</b> Menunaikan Umrah, Ingin <b>...</b> - Opss Media Posted: 12 Jul 2012 05:36 PM PDT Fauzi Nawawi & Lisdawati Menunaikan Umrah, Ingin Jadi Muslim TerbaikPelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah. Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.Tambah Fauzi, selain mengerjakan umrah, dia juga tidak sabar untuk merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan umat Islam lain di Mekah. Sementara itu, Fauzi turut berdebar menantikan kemunculan filem arahan sulungnya berjudul Pak Pung yang masih lagi dalam pasca produksi. Malah, Fauzi turut menunjukkan kehebatan vokalnya dengan menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem tersebut berjudul Adam dan Hawa, berduet dengan penyanyi Marsha.
Terjah lagi, artikel yang menarik : Artis Pergi Umrah, Fauzi Nawawi, Hiburan, Lisdawati |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan