Nuffnang

Rabu, 12 September 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Rasa Debar Mahu Jumpa Keluarga Sharnaaz – Perak <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2012 05:31 AM PDT

Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa debarnya untuk berjumpa dengan ibu dan bapa kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad di Pulau Pinang pada suatu tarikh yang belum ditetapkan pada Aidilfitri ini.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, kunjungan itu merupakan yang pertama sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Sharnaaz pada hujung tahun lalu.

"Insya-Allah saya akan menziarahi keluarga Sharnaaz sekadar untuk mengikat tali silaturahim. Berdebar juga dibuatnya.

"Bagaimanapun pada Hari Raya pertama Ahad lalu, saya sekeluarga telah beraya sakan di kampung ibu saya di Banting, Selangor dan kemudian terus ke Perak," katanya.

Sementara itu, penyanyi yang baru sahaja mengenakan hijab pada 1 Ramadan lalu berkata, dia telah menyediakan juadah rendang kerang untuk santapan seisi keluarganya pada hari Raya Raya pertama.

Kata Shila, resepsi itu merupakan juadah kegemaran keluarganya yang wajib ada setiap kali hadirnya Aidilfitri.

"Biasanya pada pagi raya saya akan bantu emak memasak untuk juadah raya dan saya sendiri ada hidangan istimewa iaitu rendang kerang," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Shila masih lagi sibuk menyiapkan albumnya yang dijangka keluar pada Februari tahun depan.

"Insya-Allah, dengan berkat penghijrahan saya (bertudung) ini, saya harap album yang memuatkan sebanyak tujuh buah lagu ini akan diterima ramai.

"Menariknya kesemua lagu pada album itu nanti dicipta sepenuhnya oleh saya khas buat para peminat yang banyak menyokong saya sejak dulu lagi," katanya.

- mStar Online

GAMBAR <b>SHILA AMZAH</b> BERHIJAB BERTUDUNG | PANAS GILER!!

Posted: 11 Aug 2012 12:00 AM PDT

Terbaru gambar shila amzah bertudung dan berhijab. Shila Amzah kini tampil berhijab Khabar gembira ini dikongsi oleh Shila bersama peminat melalui akaun Twitter miliknya @Shilaamzah. Bagi yang masih tidak percaya atau mengganggap penampilan Shila ini hanya bersifat sementara, jangan terburu-buru membuat kesimpulan.

SHILA AMZAH TERLINTAS PAKAI TUDUNG SEJAK 2 BULAN LALU
Ini kerana Shila Hamzah punya penjelasan berhubung perkara ini.

"Keinginan untuk memakai hijab sebenarnya sudah lama terlintas di fikiran iaitu kira-kira dua bulan lalu. Namun, ketika itu hati saya masih berbelah bahagi kerana risaukan karier nyanyian. Saya bimbang peluang kerja menjadi terhad.

Namun, apabila Ramadhan bermula, saya cuba biasakan diri berhijab dan syukur pada 15 Ramadhan hari itu, saya nekad untuk terus mengenakan hijab. Pintu hati saya terbuka secara tiba-tiba. Bukan kerana dipengaruhi oleh sesiapa dan saya gembira dengan perubahan ini," ujar Shila Amzah ketika dihubungi GUA pada Isnin.

SHILA HAMZAH BERUSAHA MENJADI YANG LEBIH BAIK SETELAH BERTUDUNG
Persoalannya, apakah pencetus kepada perubahan Shila ini? Adakah dia benar-benar bersedia atau sebaliknya? Maklumlah ketika ini
namanya sedang meningkat naik serta menjadi rebutan banyak pihak.

"Sebenarnya saya dididik oleh keluarga bahawa hidup ini sebenarnya sebuah perjalanan. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Perubahan yang saya lakukan ini adalah untuk memperbaiki diri. Saya berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik. Memang karier saya sedang berada di tahap memuaskan, tetapi saya tidak mahu ia menjadi penghalang untuk saya melakukan kebaikan.

Saya sudah berbincang dengan ibu dan ayah tentang masa depan nyanyian saya dan mereka berjaya yakinkan bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, saya tidak sepatutnya berasa risau. Seandainya pemakaian hijab ini membuatkan saya hilang banyak peluang, saya redha."

SHILA AMZAH TAK AKAN MENYESAL
"Saya tidak akan pernah menyesal. Saya berhijab untuk mencari keredhaan Allah. Penerimaan orang tidak penting, yang penting adalah penerimaan Allah," luah Shila lagi.

Terbaru Baca:SUGGEST SHILA KE DISNEYLAND LAH!

SHARNAAZ AHMAD TURUT MEMBERI SOKONGAN
Dalam masa yang sama, Shila Amzah juga mengakui dia terharu dengan sokongan peminatnya. Jelas Shila, sebaik sahaja dia memberitahu tentang perubahan dirinya itu, ramai peminat yang gembira serta mendoakan yang terbaik untuknya. lebih menggembirakan apabila 'buah hatinya' Sharnaaz Ahmad turut memberikan sokongan moral.

"Saya rasa cukup bertuah kerana perubahan saya diterima baik oleh ramai orang. Peminat di Twitter beri maklum balas cukup positif. Mereka bagi kata-kata semangat dan doakan yang terbaik untuk saya. Selain itu, saya juga mendapat sokongan moral daripada Sharnaaz. Dia bersyukur dengan perubahan ini," ujar Shila Amzah dalam nada gembira.

Sempena Aidilfitri ini, Shila akan muncul dalam hampir 10 program raya. Sebahagian daripada program itu akan memperlihatkan penampilan terbaru Shila. Salah satu daripadanya ialah Raya Bersama Randy Pangalila yang akan disiarkan di saluran Astro. Program yang diarahkan oleh Michael Ang itu akan menyaksikan Shila mempersembahkan dua buah lagu. Sumber: (gua dot com dot my) gambar shila amzah bertudung berhijab

GAMBAR SHILA AMZAH BERHIJAB & BERTUDUNG


gambar shila amzah bertudung berhijab
gambar shila amzah bertudung berhijab
gambar shila amzah bertudung berhijab
Judul: GAMBAR SHILA AMZAH BERHIJAB BERTUDUNG
Rating: 100% based on 100 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh ash

It&#39;s Complicated: <b>SHILA AMZAH</b> SUDAH BERTUDUNG!!!

Posted: 07 Aug 2012 02:51 PM PDT


Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.
"Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya. Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa.
"Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat, dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya untuk berhijrah," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan