kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search |
Nubhan Guna Peguam Tuntut Royalti | OHBULAN! Posted: 12 Sep 2012 10:40 PM PDT Menerusi laporan portal hiburan Gua.com hari ini, Nubhan telah melahirkan rasa kecewa kerana sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian ini, dia tidak pernah mendapat duit royalti. Hal ini telah membuatkan Nubhan bersedia untuk memperjuangkan haknya dan dia telah melantik seorang peguam bagi membicarakan hal ini dengan pihak pengurusan yang terdahulu. Menerusi laporan yang sama, Nubhan menyatakan sebelum ini dirinya teragak-agak untuk menuntut hak tersebut dan ketika dia menyertai Artistes United Record, dia tidak pernah menandatangani sebarang kontrak. Disebabkan hal itu, Nubhan tidak tahu mengenai royalti dan hak-hak yang lain sebagai seorang artis. Kata penyanyi ini lagi, terdahulu dia ada mengajukan soalan berkaitan kontrak, akan tetapi pihak pengurusan Artistes United Record berdolak-dalih dan memberikan pelbagai alasan. Sewaktu bersama syarikat pengurusan tersebut, Nubhan telah mencul dengan album pertamanya berjudul "Langkah Nubhan" yang memuatkan beberapa lagu popular seperti Oh! Juwita dan Seadanya. Merujuk perkembangan terbaru, Nubhan kini sedang mempromosikan single terbarunya berjudul Picisan. Lagu ini digubah oleh Taja, Kumpulan Meet Uncle Hussain, dan liriknya ditulis oleh Ad Samad. Lagu berkonsepkan pop ini sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio tempatan. Bagi menceriakan hari anda, jom layan lagu Picisan ini dulu! |
You are subscribed to email updates from kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan