Nuffnang

Selasa, 18 September 2012

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Tausug Bayan: Raya pertama di Port Dickson - <b>Noorkhiriah</b>

Posted: 11 Aug 2012 03:48 PM PDT

SEMAKIN berusia semakin matang, semakin lama dalam industri juga menjadikan dramatis Noorkhiriah Ahmad Sapie menjadi semakin versatil dengan kariernya. Dia juga tidak gentar berdepan jalan lakonan yang telah sebati dalam diri walaupun ada pihak pernah memandang sebelah mata ketika awal-awal dia tampil bertudung hampir setahun lalu.

"Dahulu ada seseorang datang kepada saya dan berkata, suatu hari nanti saya akan buka tudung juga jika terdesak mahukan tawaran lakonan. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih kuat.
"Jika ada yang keliru setelah menyaksikan lakonan saya dalam drama berjudul Dengan Izinnya, Isnin lalu yang memperlihatkan saya yang tidak bertudung secara sempurna dan sesekali membuka tudung, penggambaran drama itu sebenarnya sudah dibikin tahun lepas lagi. Ketika itu saya baru hendak berjinak-jinak bertudung," katanya bimbang ada peminat salah faham.

Baru selesai penggambaran drama Sejernih Kasih Ummi terbitan Pujangga Kreatif, menjelang sambutan Hari Lebaran nanti, Noorkhiriah akan berhari raya di rumah keluarga mertua di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dia akan berangkat pulang ke Raub, Pahang untuk beraya dengan keluarga kandung pada hari raya kedua atau ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan