Nuffnang

Selasa, 18 September 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


"Trilogi Cinta 2" gagal, <b>Rosyam Nor</b> salahkan pelakon - Tupai

Posted: 03 Sep 2012 07:00 PM PDT

Drama "Trilogi Cinta" sebelum ini pernah mencipta kejayaan yang cemerlang apabila berjaya mencatatkan rating hampir dua juta penonton setiap episod ketika ditayangkan di TV1. 

Kini, drama ini kembali semula dengan "Trilogi Cinta 2″ kesinambungan dari siri yang pertama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Norjinah (Fouziah Ghous) dengan Razif (Rosyam Nor). Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi. Bagaimana Norjinah menghadapinya? 

Dalam sidang media yang diadakan di FINAS baru- baru ini, pengacara majlis turut memetik kata-kata azimat dari Rosyam Nor sendiri. Rosyam menegaskan bahawa filem ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri dan mampu memikat hati penonton dengan jalan cerita yang menarik. 

"Kalau drama ini tidak berjaya, bukan salah skrip atau pengarah, tapi salah pelakonnya." Ujar Rosyam Nor. 

Siri baru "Trilogi Cinta" ini juga bakal menampilkan watak-watak baru yang akan dipegang oleh Rita Rudaini dan juga Rebecca Nur Islam. Selain itu, Rosyam turut menampilkan empat orang pelakon baru dari rancangan mencari bakat baru "Pilih Kasih 3" dan juga dua orang dari "Pilih Kasih 2". 

Drama ini berkemungkinan mampu memberikan mereka pendedahan yang lebih kerana ia mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Rosyam menjelaskan, "Saya sasarkan rating lebih dari dua juta penonton. Saya berani cakap juga yang musim kedua "Trilogi Cinta" lebih bagus dari musim pertama." 

Dalam pada itu, sebuah novel yang diadaptasi dari siri pertama "Trilogi Cinta" berjudul "Yang Indah Hanya Mimpi" turut dilancarkan. Apa yang menarik, ini adalah kali pertama sebuah novel diadaptasi dari drama berbanding drama ataupun filem yang selalunya diadaptasi dari novel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan