Nuffnang

Selasa, 18 September 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Keluar dari MIG - <b>Lisa Surihani</b> Kini bersama KRU Studios?

Posted: 14 Sep 2012 08:41 AM PDT

alt

 

Lisa Surihani yang sebelum ini merupakan salah seorang Pelakon terkenal yang bernaung di bawah Metrowealth (MIG) mengesahkan dirinya tidak lagi bersama syarikat produksi tersebut.

 

Maklumat terbaru itu telah menimbulkan spekulasi yang mendakwa Lisa telah memilih untuk bernaung di bawah pengurusan KRU Studios yang juga didakwa merupakan salah satu faktor keputusan meninggalkan MIG.

 

Lisa yang juga isteri kepada Yusry KRU ketika dihubungi beberapa wartawan hiburan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mengisytiharkan dirinya merupakan pelakon yang bebas dari sebarang kontrak dari mana-mana syarikat produksi termasuklah syarikat milik suaminya itu.

 

"Saya tidak akan menyertai KRU Studios. Bukan kerana tidak yakin dengan pengurusan mereka . Tetapi saya melihat peluang bergerak sendiri ini sebagai satu peluang untuk saya belajar sesuatu. Saya perlu kukuhkan karier lakonan saya dengan usaha sendiri. Bukan selamanya mengharapkan bantuan pihak lain. Selain itu, saya juga tidak mahu suami saya (Yusry Abdul Halim) melalui konflik kepentingan apabila saya bernaung dengan KRU Studios.

 

Kami telah pun berbincang tentang perkara ini, dan kami sepakat adalah lebih baik saya tidak bersama KRU. Keputusan ini sebenarnya telah lama saya buat, iaitu sebelum saya mengenali Yusry lagi. Saya memang sudah merancang untuk tidak menandatangani mana-mana kontrak seandainya kontrak saya bersama MIG berakhir. Bukan soal selesa atau tidak selesa bersama KRU, tetapi saya harus melihat dalam konteks yang lebih besar apabila suami-isteri berada di dalam satu syarikat yang sama," katanya kepada wartawan Portal Hiburan GUA.

 

Lisa juga menjelaskan pihak CEO syarikat berkenaan David Teo menerima keputusan tersebut dengan terbuka tanpa sebarang pertikaian.

 

"Mr. David tidak ada masalah apabila saya buat keputusan tidak menyambung kontrak bersama MIG. Memang sudah termaktub dalam kontrak saya perlu bersama mereka selama lima tahun. Pengunduran diri saya bukan kerana sebab negatif. Ini kerana sepanjang bersama MIG, saya berasa sangat dihargai. Mereka menjaga saya dengan baik. Saya sangat berpuas hati dengan pengurusan mereka. Tempoh lima tahun ini adalah saat-saat terbaik dalam hidup saya. Saya amat hargai ilmu dan pengalaman yang diperolehi," ujarnya lagi.

 

Terbaru, Lisa Surihani bakal muncul dalam teater Tun Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 November ini. Lisa yang memegang watak Tun Siti Hasmah ketika muda kini sedang giat melakukan latihan sebagai persediaan menjelang teater berkenaan. Antara pelakon lain yang terlibat termasuklah Sofia Jane, Esma Daniel dan Nazim Othman.

 

BERITA ARTIS - <b>Lisa Surihani</b> Tidak Akan Sertai KRU - Gua.com.my

Posted: 12 Sep 2012 10:17 PM PDT

Heroin filem popular, Lisa Surihani Mohamed mengesahkan bahawa dia kini tidak lagi bernaung di bawah pengurusan Metrowealth (MIG). Jelas Lisa, kontraknya bersama MIG telah pun tamat pada 10 Ogos lalu dan dia kini selesa bergerak sendiri.

Ketika dihubungi GUA sebentar tadi, Lisa turut menegaskan dia tidak akan menandatangi kontrak bersama KRU Studios seperti yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak. Menurutnya, sudah sampai masanya dia belajar berdikari untuk menguruskan kerjaya seninya.

"Saya tidak akan menyertai KRU Studios. Bukan kerana tidak yakin dengan pengurusan mereka . Tetapi saya melihat peluang bergerak sendiri ini sebagai satu peluang untuk saya belajar sesuatu. Saya perlu kukuhkan karier lakonan saya dengan usaha sendiri. Bukan selamanya mengharapkan bantuan pihak lain. Selain itu, saya juga tidak mahu suami saya (Yusry Abdul Halim) melalui konflik kepentingan apabila saya bernaung dengan KRU Studios.

Kami telah pun berbincang tentang perkara ini, dan kami sepakat adalah lebih baik saya tidak bersama KRU. Keputusan ini sebenarnya telah lama saya buat, iaitu sebelum saya mengenali Yusry lagi. Saya memang sudah merancang untuk tidak menandatangani mana-mana kontrak seandainya kontrak saya bersama MIG berakhir. Bukan soal selesa atau tidak selesa bersama KRU, tetapi saya harus melihat dalam konteks yang lebih besar apabila suami-isteri berada di dalam satu syarikat yang sama" ujar Lisa berterus-terang.

Bercerita tentang penerimaan David Teo tentang pengunduran dirinya itu, Lisa memberitahu teraju utama MIG itu berfikiran terbuka dan menyokong keputusan itu.

"Mr. David tidak ada masalah apabila saya buat keputusan tidak menyambung kontrak bersama MIG. Memang sudah termaktub dalam kontrak saya perlu bersama mereka selama lima tahun. Pengunduran diri saya bukan kerana sebab negatif. Ini kerana sepanjang bersama MIG, saya berasa sangat dihargai. Mereka menjaga saya dengan baik. Saya sangat berpuas hati dengan pengurusan mereka. Tempoh lima tahun ini adalah saat-saat terbaik dalam hidup saya. Saya amat hargai ilmu dan pengalaman yang diperolehi," ujar Lisa yang mengakui mempunyai hubungan sangat baik dengan David Teo.

Bermula 22 September ini, Lisa akan sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Istana bermula 9 November hadapan. Untuk teater itu, Lisa akan beraksi sebagai Tun Siti Hasmah di usia muda. Lisa akan bergandingan dengan beberapa pelakon hebat lain seperti Sofia Jane, Esma Daniel dan Nazim Othman.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan