Nuffnang

Selasa, 18 September 2012

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


Opss Media | Berita | Hiburan | Sukan | Pelbagai: Kes <b>Suki</b> Bernilai <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 06:28 PM PDT

Kes Suki Bernilai RM367K Ditunda, Akui Trauma Ditahan

Keputusan kes tuntutan RM367,000 yang difailkan oleh juara program realiti One In A Million musim pertama, Suki terhadap syarikat rakaman, Galaxy Music Sdn Bhd yang sepatutnya berlangsung jam 4.00 petang tadi, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah ditunda ke 9 Ogos depan bagi membolehkan pihak mahkamah meneliti semula tuntutan yang difailkan oleh kedua-dua pihak. Menurut peguam yang mewakili Suki, Ong Yu Jian,

"Kes ini ditunda bagi hakim meneliti semula kes memandangkan pihak Galaxy turut membuat tuntutan balas terhadap Suki dengan mendakwa anak guam saya telah melanggar kontrak perjanjian antara mereka. Pihak terbabit mendakwa Suki telah menerbitkan sebuah single baru di bawah syarikat lain walaupun kontrak dengan Galaxy belum tamat lagi. Walau bagaimanapun, saya yakin, peluang Suki masih cerah kerana dia diabai dan teraniaya sebelum ini."


Suki atau nama sebenarnya, Suki Low Sook Wee memfailkan tuntutan tersebut pada Disember 2011 kerana mendakwa pihak Galaxy telah melanggar perjanjian membabitkan pemasaran album, Ladies Night di Taiwan pada 2010. Suki mendakwa beliau berasa teraniaya dengan janji palsu pihak terbabit yang memberi pelbagai alasan mengenai penangguhan promosi album tersebut di Taiwan. Suki turut memberitahu terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah sejak menandatangani kontrak dengan Galaxy pada tahun 2009.

"Saya berasa teraniaya dengan apa yang dibuat oleh mereka. Selain ditipu dengan janji manis mereka, saya juga sering tidak menerima bayaran pada tepat masanya. Saya juga trauma kerana pernah ditahan oleh pihak Imigresen Taiwan pada tahun 2010 disebabkan pihak Galaxy tidak memohon visa untuk saya ketika berada di sana. Saya tidak dibenarkan pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai wang untuk membayar denda tersebut."

Ditanya sama ada beliau tidak mahu menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah, Suki memberitahu,

"Sebelum ini pihak mahkamah pernah meminta kami untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah, tapi malangnya pihak sana enggan dan tidak bersetuju untuk selesaikannya di luar mahkamah."

Tiada pilihan lain, Suki meneruskan kes ini kerana mahu menuntut keadilan bagi pihaknya. Suki ketika ditemui turut memberitahu tidak berasa lega selagi kes ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.

"Saya cuma mengharapkan yang terbaik untuk kes ini dan berharap ia dapat diselesaikan dengan cepat. Saya juga harap hakim dapat membuat keputusan yang terbaik dan sewajarnya nanti."

Terjah lagi, artikel yang menarik : Hiburan, Mahkamah, Suki OIAM

Tiada ulasan:

Catat Komen