Alyah - Google Blog Search |
<b>Alyah</b> Jalani Rawatan Fisioterapi | MyNewsHub Posted: 17 Sep 2012 08:43 PM PDT KUALA LUMPUR – Penyanyi wanita, Alyah yang ditimpa lampu 'sportlight' ketika menghadiri jamuan rumah terbuka stesen radio Hot FM pada 14 September lalu dilaporkan semakin pulih. Menurut laporan dari Murai.com, Alyah ketika ini sedang dirawat di Hospital KPJ Damansara. Pengurus peribadi Alyah, Shuib berkata, Alyah sudah pun berada dalam keadaan stabil. Namun, penyanyi bagi lagu Kisah Hati itu masih memerlukan rawatan lanjut di bahagian anggotanya yang cedera. "Alhamdulilah, Alyah berada dalam keadaan yang stabil dan tiada apa yang serius. Cuma dia perlukan rawatan selanjutnya untuk muscle tissue di bahagian berlakangnya yang ditimpa spotlight. "Malah dia kini dilaporkan oleh doktor sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisIoterapi," kata Shuib. Bagaimanapun, Shuib enggan memberikan maklumat lanjut berhubung keadaan diri Alyah. "Selanjutnya, saya tidak boleh memberi apa-apa komen kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perjanjian kami bersama Media Prima," katanya. PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan