Diana Danielle - Google Blog Search |
Farid Kamil & <b>Diana Danielle</b> Nikah 3 November - Gua.com.my Posted: 15 Oct 2012 06:53 AM PDT Pelakon serta pengarah popular, Farid Kamil mengejutkan hadirin yang datang apabila telah mengumumkan tarikh majlis pernikahannya dengan pelakon cantik, Diana Danielle yang bakal berlangsung pada 3 November depan. Pengumuman secara tergempar itu dibuat ketika berlangsungnya majlis tayangan media filem terbaru arahan serta lakonannya, Pe3, di TGV Sunway Pyramid, sebentar tadi. "Dengan keizinan kedua ibu bapa saya, dengan ini saya mengumumkan bahawa saya akan berkahwin dengan Diana pada 3 November ini," ujarnya ringkas penuh bermakna. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu setelah menyulam kasih selama tiga tahun. Pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan mereka di sebuah tasik dan taman di Hotel Flamingo, Ampang. Majlis resepsi Diana pula akan berlangsung pada ulangtahun kelahiran Diana yang ke-21 iaitu pada 21 November ini manakala majlis di sebelah Farid pula akan diadakan pada bulan Disember depan. Tahniah diucapkan kepada Farid serta Diana dan semoga majlis yang dirancang akan berlangsung dengan lancar dan penuh meriah! |
You are subscribed to email updates from Diana Danielle - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan