Nuffnang

Jumaat, 19 Oktober 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Masih Celaru – Perak Today

Posted: 21 Sep 2012 01:36 AM PDT

Aktres Fouziah Gous mengakui kesedihan terhadap kematian bapanya Mohd Gous Agulam Dastagir pada 11 Ogos lalu menyebabkan dia hilang fokus pada kerjaya pada waktu ini.

Memetik kenyataan di mStar, dia yang baru saja kembali bekerja selepas 20 hari berehat, fikirannya masih terganggu dan sukar memberi tumpuan pada kerja. Walaubagaimana pun emosinya makin stabil sekarang tetapi perasaan sedih itu tentulah masih ada.

"Walaupun saya sudah mula berlakon, tumpuan terhadap kerja itu tidak sepenuhnya. Fikiran saya masih bercelaru dan tidak boleh fokus berbanding komitmen yang biasa saya berikan sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Fouziah bakal muncul dalam drama Dendam Sarakit. Dalam drama bersiri arahan Fairuz Loy ini, Fouziah bergandingan dengan Zain Hamid, Noniswara, Adam Shah dan Saiful Nizen.

Memengang watak sebagai Sarakit, Fouziah berkata, cabaran terbesar untuk menjiwai karakter itu adalah kesukaran mengungkapkan dialog yang menggunakan ayat bahasa Malaysia baku.

Jangan lupa saksikan Dendam Sarakit yang akan ditayangkan bermula 27 September ini pada setiap Khamis, pukul 10 malam menerusi slot Seram di TV3.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan