Nuffnang

Khamis, 18 Oktober 2012

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> kongsi kegembiraan mengandung anak sulung <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 07:47 AM PDT

Pelakon Eira Syazira tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya setelah disahkan mengandung sulung oleh doktor. Jelas kelihatan Eira Syazira kelihatan berisi dan sangat ceria. Dia juga mengakui dilayan seperti permaisuri oleh suaminya, aktor Azad Jazmin.

 Eira Syazira

Eira Syazira kongsi kegembiraan mengandung anak sulung - Terbakor

Eira Syazira mengandung

"Suami dan teman-teman memang ramai yang memuji. Kononnya wajah saya bertambah ceria sejak mengandung namun sebagai seorang wanita yang begitu mementingkan soal penampilan dan berkerjaya sebagai pelakon, sudah pastinya timbul rasa bimbang juga apabila melihat keadaan diri kerana inilah pertama kali saya berisi sebegini.

"Namun itulah istimewanya menjadi seorang bakal ibu. Cuma saya perlu bersedia untuk bekerja keras bagi mendapatkan bentuk tubuh seperti sebelum ini selepas habis berpantang nanti," katanya membuka bicara.

Petang itu, pelakon berbakat besar berusia 28 tahun ini begitu bersemangat berkongsi pengalamannya sepanjang hari menjadi wanita mengandung.

Selain mengakui dilayan bagai seorang permaisuri, pelakon yang dikenali menerusi banyak drama termasuk Ku Milikmu, Embun Mutiara dan Cinta Balqis ini menyifatkan setiap saatnya kini seakan diaturkan cerita tersendiri dengan pelbagai pengalaman berbeza.

"Alhamdulillah akhirnya apa yang saya dan suami impikan sebelum ini menjadi kenyataan. Memang sejak awal kami berkahwin lagi, masing-masing tidak sabar untuk menimang cahaya mata, cuma rezeki itu lewat hadir buat kami berdua. Justeru apabila saya dikhabarkan mengandung saja, suami adalah insan paling bahagia dan seronok sekali.

"Kini selepas mengandung lima bulan, saya merasakan hidup ini banyak berubah.
Dari seorang anak gadis yang kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin, kini saya diberi pengalaman luar biasa pula dengan mengandung. Jujurnya ia memberikan saya perspektif baru sebagai seorang wanita, isteri dan bakal ibu.

"Saya bersyukur kerana diberikan seorang suami yang begitu mengambil berat mengenai diri saya, menyayangi dan begitu sensitif dengan keadaan saya. Azad tidak pernah merungut walaupun terpaksa melayan kerenah saya dan syukur kerana kami berdua memang berkongsi keserasian dan persefahaman yang sempurna sejak dulu lagi.

"Betul kata orang, mengandung akan diberikan satu perasaan luar biasa. Sukar diceritakan atau dikongsi, namun hakikatnya ia begitu istimewa dan memberikan kebahagiaan dan keharmonian dalam sanubari. Hubungan kami berdua juga kian akrab dan sukar untuk berenggang walaupun ada kalanya masing-masing berlari-lari ke lokasi penggambaran.

"Jika ditanya soal alahan atau mengidam, syukur setakat ini saya masih stabil dan sihat cuma Azad pula yang mengambil alih alahan itu. Dia yang muntah-muntah teruk dan sering kali berdepan rasa loya. Itulah bukti suami yang begitu menyayangi saya rasanya," katanya berseloroh sambil memerhati suaminya yang begitu bijak mengusik di sisi.

Tambah anak kedua daripada enam beradik juga kelahiran Kuala Lumpur ini lagi, istimewanya berbadan dua apabila rezeki mereka suami isteri tidak pernah putus dan ada saja peluang dan kepercayaan yang diberi.

Memegang kata-kata orang lama, anak yang dikandung memang memberikan rezeki. Itu juga yang dipegang pasangan suami isteri yang berkahwin pada September tahun lalu ini.

Sumber : Limau Ais

 Nak tahu teknik buat Ratusan USD percuma ?? klik sini!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan