Elly Mazlein - Google Blog Search |
- Tiada Cincin Di Jari, <b>Elly Mazlein</b> Serba Salah
- <b>Elly Mazlein</b> Dan Azmi Hata Putus Tunang?
- Gossip Penyanyi <b>Elly Mazlein</b> Putus Tunang | Sensasi Selebriti
Tiada Cincin Di Jari, <b>Elly Mazlein</b> Serba Salah Posted: 18 Oct 2012 02:38 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Haswari Ali SUBANG, 18 OKTOBER 2012: Jadi serba salah pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 32, dibuatnya apabila ditanya salah seorang wakil pihak media tentang ketiadaan cincin tunang di jari manisnya. Bertambah serba salah lagi apabila dia mula berbicara soal single terbarunya berjudul Sabarlah Hati, di mana liriknya berceritakan kisah pasangan bercinta yang terputus di tengah jalan. Lebih ironik lagi, apabila Elly Mazlein seolah-olah enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangannya, Azmi Mohd Hata,37, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan. "Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu. "Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu. "Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai," katanya dengan nada penuh misteri. Elly Mazlein ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem Awan Dania The Movie bersama-sama pelakon utama filem berkenaan, Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Jehan Miskin dan tidak ketinggalan pengarah, Rashid Sibir. Jelas Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Tania dalam Awan Dania The Movie, dia tidak pernah meletakan masa atau durasi tertentu untuk disatukan dengan pengarah drama dan filem berkenaan. Bagaimanapun dia redha, bila tiba masa dan waktunya, pasti mereka berdua akan disatukan tanpa sebarang desakan daripada sesiapa mahupun keluarga terdekat. "Saya bernasib baik kerana keluarga saya sangat memahami diri saya. Mereka tidak pernah mendesak untuk saya kahwin cepat walaupun saya sedar usia saya sudah semakin meningkat. Sebab yang nak kahwin nanti adalah saya, bukannya mereka. "Umur saya semakin lanjut atau tidak itu bukanlah masalah besar buat saya. Asalkan saya tak nak merana dikemudian hari, itu yang lebih utama. Kerana tidak semua perhubungan itu akan kekal sampai bila-bila," katanya penuh misteri. Bercerita mengenai single terbarunya selepas lebih tujuh tahun tidak menyanyi, jelas Elly Mazlein lagu ciptaan Manusia Putih itu tiada kena-mengena dengan perjalanan hidupnya sekarang ini, bagaimanapun mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat secara menyeluruh. "Ia hanyalah sebuah lagu dan saya tak nak peminat memberi tanggapan berbeza dengan kehadiran lagu ini meskipun ianya sebuah lagu balada yang sangat menyentuh hati. "Kadang kala, kita tak ada cara untuk berkongsi rahsia dan lagu ini adalah cara untuk saya berkongsi perasaan. Saya harap lagu ini akan sampai ke hati peminat saya di luar sana," katanya bagaikan berteka-teki. |
<b>Elly Mazlein</b> Dan Azmi Hata Putus Tunang? Posted: 18 Oct 2012 08:08 PM PDT Elly Mazlein Dan Azmi Hata Putus Tunang?: Penyanyi Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, tidak akan sembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia telah putus ataupun masih lagi berlangsung.
Elly ketika ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis. Elly serta Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan ini berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, tetapi ia masih lagi tertangguh hingga sekarang. Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya serta tidak mendesak dirinya bagi berkahwin secepat mungkin. Ditanya, adakah dia telah membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang bakal jangka keluar pada November ini.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu itu mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi.
Connect Facebook 5.0 |
Gossip Penyanyi <b>Elly Mazlein</b> Putus Tunang | Sensasi Selebriti Posted: 18 Oct 2012 06:50 PM PDT Dari riak wajah saat diajukan soalan tentang status dirinya, penyanyi Elly Mazlein dilihat seperti ada yang tak kena. Namun, Elly Mazlein katanya tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus atau pun masih lagi berlangsung. Malah, semasa ditanya tentang tarikh perkahwinan yang sebelum ini dirancang akhir tahun ini, Elly sekadar memberikan jawapan dirinya sedang menanti kata putus pihak lelaki. Gosip Elly Mazlein putus tunang ini nampak ketara apabila Elly dilihat tak lagi memakai cincin tunang semasa Pelancaran Trailer Awan Dania yang berlangsung semalam. Namun, Elly memberi alasan yang dia tak sempat memakai cincin tunang sebab mengejar masa. Alasan ini sangat tak boleh diterima sebab pada majlis ini, Elly berdandan cantik menunjukkan dia mengambil masa yang agak lama juga untuk menghias diri, takkanlah nak menyarung cincin tunang tak sampai 30 saat tu tak sempat. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini.
Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis. Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin. Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini.
Its okay, Elly… ambil masa dulu untuk bertenang ya. Semoga majlis nikah akan berlangsung juga. Setuju dengan katamu, kalau jodoh tu takkan ke mana. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan