Nuffnang

Khamis, 18 Oktober 2012

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Abby Abadi Dan <b>Memey Suhaiza</b> Bercuti Bersama-Sama Di Genting <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:34 PM PDT

Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Nampaknya hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin hari semakin baik. Yang terbaru, Memey Suhaiza memberitahu yang Abby turut bersama-sama bercuti bersama keluarganya di Genting Highlands baru-baru ini. Ini satu perkembangan yang tersangat baik untuk kedua-dua belah pihak.
memey abby

Berkata kepada portal Murai, Memey memberitahu yang dia dan Abby akan pergi bercuti ke Beijing bersama-sama dalam masa terdekat ini:-

Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah.

Ini sememangnya satu contoh yang sangat baik kepada kita semua. Tahniah kepada Abby, Memey, Norman dan keluarga mereka yang menunjukkan nilai murni ini. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan dan makin akrab di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

P.S: Serangga-serangga diselaputi embun.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan