Nuffnang

Khamis, 18 Oktober 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Gambar <b>Rosyam Nor</b> Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Posted: 16 Sep 2012 10:52 AM PDT

Gambar Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni : Gambar Rosyam Nor terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Gambar Rosyam Nor Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK, pada Sabtu lalu.

"Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan (ijazah kehormat) ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

"Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya. Saya harap ia menjadi iktibar kepada golongan muda untuk bekerja keras," tambahnya lagi.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin, 45, berkata, dia berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.

Pelakon yang kini turut bergelar usahawan itu berkata, dia berharap penganugerahan tersebut akan mengukuhkan kepercayaan badan profesional dan kerajaan dalam memberikan peluang untuk dia menyampaikan ceramah berkaitan bidang keusahawan.

Info Artis @ forblogger

Connect Facebook

5.0

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

"Trilogi Cinta 2" gagal, <b>Rosyam Nor</b> salahkan pelakon - Tupai

Posted: 03 Sep 2012 07:00 PM PDT

Drama "Trilogi Cinta" sebelum ini pernah mencipta kejayaan yang cemerlang apabila berjaya mencatatkan rating hampir dua juta penonton setiap episod ketika ditayangkan di TV1. 

Kini, drama ini kembali semula dengan "Trilogi Cinta 2″ kesinambungan dari siri yang pertama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Norjinah (Fouziah Ghous) dengan Razif (Rosyam Nor). Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi. Bagaimana Norjinah menghadapinya? 

Dalam sidang media yang diadakan di FINAS baru- baru ini, pengacara majlis turut memetik kata-kata azimat dari Rosyam Nor sendiri. Rosyam menegaskan bahawa filem ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri dan mampu memikat hati penonton dengan jalan cerita yang menarik. 

"Kalau drama ini tidak berjaya, bukan salah skrip atau pengarah, tapi salah pelakonnya." Ujar Rosyam Nor. 

Siri baru "Trilogi Cinta" ini juga bakal menampilkan watak-watak baru yang akan dipegang oleh Rita Rudaini dan juga Rebecca Nur Islam. Selain itu, Rosyam turut menampilkan empat orang pelakon baru dari rancangan mencari bakat baru "Pilih Kasih 3" dan juga dua orang dari "Pilih Kasih 2". 

Drama ini berkemungkinan mampu memberikan mereka pendedahan yang lebih kerana ia mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Rosyam menjelaskan, "Saya sasarkan rating lebih dari dua juta penonton. Saya berani cakap juga yang musim kedua "Trilogi Cinta" lebih bagus dari musim pertama." 

Dalam pada itu, sebuah novel yang diadaptasi dari siri pertama "Trilogi Cinta" berjudul "Yang Indah Hanya Mimpi" turut dilancarkan. Apa yang menarik, ini adalah kali pertama sebuah novel diadaptasi dari drama berbanding drama ataupun filem yang selalunya diadaptasi dari novel.

1 ulasan: