Nuffnang

Rabu, 7 November 2012

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Sudah Lama Menanti Kehadiran Zara - Gua.com.my

Posted: 04 Nov 2012 05:06 PM PST

"Pertama kali mendukungnya, saya tidak terkata. Jiwa saya tersentuh. Saya sudah lama menanti kehadirannya. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya. Ia saat yang istimewa, bila menyedari saya kini seorang ayah," cerita Adi Putra, membuka bicara tentang puteri sulungnya Zara Adelia Haadi yang telah diperkenalkan kepada pengikut-pengikut di Twitter pada 24 Oktober lalu.

 

Kongsinya, perancangan untuk mengambil anak angkat sudah lama dipertimbangkan. Cuma kata putus itu diberikan baru-baru ini. Tidak kisah sama ada anaknya lelaki atau perempuan, dia juga memberitahu namanya datang secara kebetulan. Zara bermaksud puteri, Adelia, keadilan, dan Haadi pula adalah namanya.

 

"Perubahan pada diri saya semestinya ada. Tidak bermaksud saya tidak matang sebelum ini tetapi cara pemikiran, rasa tanggungjawab, ciri-ciri kebapaan, ia lebih nyata. Kini, saya perlu cergas dari segi mental untuk bekerja kerana 'when I work it's for her'."

 

Tambah Adi Putra, seperti bapa-bapa lain dia seorang yang 'hands on', menolong menukar lampin Zara yang berusia 18 hari, menyusukannya serta bergilir-gilir dengan isteri menjaganya bila dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

 

      

 

Saat ditanya adakah dia seorang ayah yang tegas, pelakon 'Aku Terima Nikahnya' ini tersenyum seketika. "Saya mempunyai prinsip saya sendiri. Saya seorang yang tegas tetapi saya juga boleh berlembut. Saya akan cuba mengimbangi kedua-duanya."

 

Adakah dia dan isteri merancang untuk mengambil seorang anak angkat lagi? "Kita hanya merancang. Tuhan yang tentukan."

 

Menyentuh sedikit mengenai harapannya di Anugerah Skrin (ASK) yang bakal berlangsung Jumaat ini, Adi Putra yang dilihat ramai sebagai berpeluang besar memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama untuk 'Mahar Ku Untuk Mu', bagaimanapun memberitahu tidak meletakkan sebarang sasaran.

 

Pernah tercalon beberapa kali sebelum ini tetapi rezeki belum lagi memihak dirinya, Adi Putra meninggalkan semua itu di tangan mereka yang lebih arif. Dia juga sempat berkongsi akan beraksi di pentas ASK untuk sebuah sketsa bersama Rita Rudaini.

 

Tentang perkembangan terbarunya, Adi Putra baru sahaja selesai menjalani penggambaran 'Cinta Qaseh', drama yang bakal disiarkan di slot Lestary TV3. 

 

Arahan Feroz Kader, ia mengisahkan tentang Wahyu (lakonan Adi Putra) yang sejak kecil lagi telah diaturkan perkahwinannya kepada seorang gadis, (Wawa Zainal), tanpa mengetahui dia sebenarnya sudah mempunyai teman lelaki (Shahrizal Jazsle).

 

Selain itu, beberapa telemovie dan filem lakonannya masih menunggu tarikh tayangan seperti 'Langgar', 'Hanyut', 'KL Gangster 2', 'Balistik' dan 'Isyarat Cinta'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan