Nuffnang

Rabu, 7 November 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Mengaku Dilamun Cinta Dengan S | X Lupa Dot Com

Posted: 02 Nov 2012 08:00 PM PDT

Pengarah muda dan aktor top – Syamsul Datuk Yusof, 28, mengaku dia sedang dilamun cinta sudah dua tahun dengan gadis 'S'. Oh! Yeahhh… tahniah! Terus-terang nampak? He! He!

Menurut Syamsul, S berusia 21 tahun dan memakai tudung. Dia sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Tapi Syamsul tak mahu jelaskan lebih lanjut:

Adakah S bakal seorang doktor atau kerjaya apa nanti? Kata Syamsul, bila ada masa lapang barulah dia berjumpa S dan pergi keluar makan.

Oh… patutlah Syamsul beritahu ibunya, Datin Patimah Ismail bahawa dia nak kahwin kena tunggu umurnya 30 tahun (dua tahun lagi). Agaknya pada masa itu barulah S tamat pengajian kot? He! He! Saja-saja seronok nak mengusik Syamsul. Jangan marah ya!

Ha! Datin dan Datuk Yusof Haslam (pengarah dan produser Skop Productions) tentu tersenyum lebar baca cerita ini…ya laa… sekian lama mereka tertunggu-tunggu siapa calon isteri Syamsul?

Bagaimanapun, Syamsul beritahu  lagi: " Syamsul tak tahu ke mana (cinta) kami boleh pergi. Sebab jodoh terserah kepada Tuhan yang menentukan. Syamsul dah berusaha (untuk berkahwin) tapi jodoh belum sampai. Ramai kawan artis dah kahwin. Tapi Tuhan itu Maha Adil… Syamsul hanya tunggu masa saja. Kalau dah bersedia nak kahwin, barulah Syamsul pergi jumpa ibu bapa dia (S) dan bawa dia jumpa keluarga Syamsul. Tak nak jadi macam dulu… bila dah kenal keluarga tapi tak jadi kahwin."

Adik Syamsul yang cun - Syafiq, 19, pengarah filem S.A.M pula bakal bertunang tahun depan. Syamsul adalah pengarah muda genius yang banyak menang award dalam dunia perfileman di Malaysia menerusi filem Khurafat, Bohsia dan KL Gangster. Sambungan filem KL gangster 2 akan ditayangkan insya-Allah pada awal tahun depan.@bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan