Nuffnang

Rabu, 7 November 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


OMG Program Baru <b>Sazzy Falak</b> | MyNewsHub

Posted: 05 Nov 2012 12:32 AM PST

KUALA LUMPUR – Ibu kepada cahaya mata kembar, Sazzy Falak bakal mengendalikan program terbaru saluran Universal Diva iaitu OMG.

Walaupun dalam kesibukkan menguruskan rumah tangga dan menjalankan perniagaan online, Sazzy tetap menjalankan karier kegemarannya itu.

Dia tidak keseorangan apabila pelakon, Razif Hashim turut akan menjadi pasangannya mengacarakan OMG.

"Saya berbangga kerana diberi kepercayaan mengendalikan program ini.

"Tambahan pula, ia merupakan sebuah rancangan terbitan tempatan pertama disiarkan di saluran antarabangsa tersebut.

"Dalam program ini, kami bakal memperkenalkan tiga segmen utama iaitu 'OMG Celebrity', 'OMG Miss Chilled' dan 'Oh My Gaji' yang bakal mengupas topik-topik yang terkini," katanya.

Program yang mengandungi 13 episod itu akan bersiaran mulai hari ini, setiap Isnin jam 7.30pm.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Sumber: Sinar Harian

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan