Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
Saya Berani Kerana Benar – <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Posted: 05 Nov 2012 11:08 PM PST Nampaknya episod persengketaan antara Sharnaaz Ahmad dan penerbit filem S. Baldev tidak akan menemui penghujungnya dalam masa terdekat ini. S. Baldev sebelum ini meminta Sharnaaz membuat permohonan maaf secara terbuka kerana meninggalkan lokasi penggambaran filem Darah Panas pada 5 Oktober lalu. Bukan kerana keras kepala, Sharnaaz hari ini menerusi Berita Harian memberitahu yang dia enggan menurut kehendak S. Baldev. Menurut Sharnaaz, dia sudah pun memohon maaf kepada semua kru produksi ketika penggambaran filem berkenaan. Bagi Sharnaaz, itu sahaja sudah mencukupi.
Yang penting, Sharnaaz berasa dirinya berada di pihak yang benar. Malah Sharnaaz enggan bersemuka dengan S. Baldev untuk menyelesaikan kemelut ini. Keyakinan Sharnaaz jelas terserlah apabila menyatakan dirinya sanggup disaman.
Abang Nara lihat Sharnaaz ini seorang yang berprinsip dan berpegang kepada pepatah "berani kerana benar, takut kerana salah". Kalau betul kita tak buat salah, nak takut apa kan? Teruskan perjuangan anda Sharnaaz. Jangan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak lain. P.S: Kura-kura terkecil di dunia ini. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Sharnaaz Ahmad</b> Tak Takut Terima Surat Saman, Dakwa Diri <b>...</b> Posted: 04 Nov 2012 08:02 PM PST Semalam, sebuah akhbar tempatan mengatakan bahawa Sharnaaz Ahmad telah melakukan kekerasan terhadap seorang kru produksi 'Darah Panas' yang bernama Hafiz dengan mencengkam leher dan menolaknya ke dinding. Menurut laporan dari Berita Harian ini lagi, Sharnaaz turut disaman oleh pengarah filem, S. Baldev kerana lari dari set penggambaran sebelum tamat tarikh rasmi penggambaran. Antara kenyataan kru produksi tersebut termasuklah mendakwa bahawa Sharnaaz bersikap kurang ajar serta memakinya dengan perkataan kasar dan menolaknya ke dinding sehingga sikunya luka terkena kayu. Puncanya adalah disebabkan kru produksi (Hafiz) sampai lambat ke lokasi penggambaran untuk mendapatkan tiga set pakaian. "Pada hari berkenaan, pakaian terpaksa ditukar dan Hafiz (krew) mengambil masa sejam lebih mencari tiga set pakaian & lebih malang, ada peralatan kamera yang rosak. "Sharnaaz ada beritahu mahu bertemu Shila Amzah kerana kekasihnya itu mahu ke China. Apabila Hafiz sampai, dia naik angin & menolak Hafiz ke tepi dinding & mengcengkam leher," jelas S. Baldev, pengarah filem 'Darah Panas'," jelas S. Baldev.
Namun, perkara ini dinafikan oleh Sharnaaz melalui kenyataannya di Kosmo! Online hari ini dan mengaku bahawa dia tidak menerima apa-apa surat dari pihak S.Baldev. "Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev)," tegas Sharnaaz. Sharnaaz yang juga kekasih kepada Shila Amzah turut menegaskan bahawa dia tidak takut terhadap isu ini. "Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya," jelasnya. Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: "Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja." |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan