Nuffnang

Isnin, 19 November 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: <b>Alyah</b> hasilkan jenama pakaian <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 10:00 PM PST

Penyanyi yang popular dengan lagu "Kisah Hati", Alyah atau nama sebenar Noor Hasliah Binti Abu Hasan bakal melebarkan sayapnya di dalam bidang perniagaan pakaian. 

Bakal tampil dengan jenama pakaian sendiri, "Gaya Alyah" dijangka menjadi ikutan para penggemar fesyen yang khususnya di Malaysia. 

Pada peringkat awal kariernya bersama kumpulan Fabulous Cats, lagak Alyah dilihat sebagai agak kecundang. Namun, kemunculan semula beliau sebagai penyanyi solo berjaya merubah segalanya. 

Bermula dari saat itu, kesempurnaan yang ditumpukan pada rambut, tatarias dan yang paling penting, pakaian yang digayakan olehnya seringkali menjadi tumpuan ramai. 

Tidak mustahil jika suatu hari nanti jenama pakaian "Gaya Alyah" akan terkenal setanding dengan jenama luar negara yang ada. 

Lebih menarik lagi, Alyah bukan saja menyediakan pakaian untuk wanita yang bersaiz badan kecil sepertinya saja. Sebaliknya, dia turut mengeluarkan koleksi pakaian untuk wanita bersaiz besar. Semua ini dilakukan gara-gara menyedari bahawa dia mempunyai ramai peminat yang berbadan besar. 

Turut bakal bekerjasama di dalam pelaksanaan perniagaan ini adalah Siti Saerah, iaitu adik kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza yang dikatakan telah dilantik sebagai salah seorang model bersaiz besar.

Tiada ulasan:

Catat Komen