Nuffnang

Isnin, 19 November 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> dekati golongan ilmuwan agama - Tupai

Posted: 16 Nov 2012 12:18 AM PST

Pengarah filem popular, Syamsul Yusof mahu menjadi insan yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu keagamaan dengan lebih mendalam. 

Syamsul yang kini berusia 28 tahun berasa amat malu apabila merasakan dirinya masih cetek pengetahuan agama. 

Demi mencapai perubahan yang dituntut agama Islam, Syamsul mengambil inisiatif untuk mendekati para ilmuan agama untuk mempelajari dan menambah baik pengetahuan ilmu agamanya. 

"Saya merasakan diri ini masih cetek tentang ilmu agama dan disebabkan itulah apa yang saya pelajari dari tokoh agama yang saya berkesempatan jumpa akan dikongsi bersama para peminat di laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook." 

Pemilik nama sebenar Mohd Syamsul Yusof turut memberitahu bersempena dengan tahun baru Islam, Maal Hijrah, dia mahu menjadi manusia yang mengejar dunia dan akhirat. 

"Bersempena dengan Maal Hijrah ini saya mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan dapat sama-sama menyebarkan ilmu agama kepada semua agar ilmu yang saya perolehi dapat dimanfaatkan bersama, InsyaAllah," ujarnya. 

Tambah Syamsul yang juga anak kepada penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam berkata, dia percaya anak-anak muda di luar sana pasti mengalami masalah yang sama dialaminya dan disebabkan itu dia berasa terpanggil untuk berkongsi dan menyebarkan mesej tersebut di pelbagai medium termasuk filem. 

Dalam pada itu, Syamsul turut menyuarakan hasratnya untuk menghasilkan sebuah filem bercorak keagamaan untuk golongan remaja suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Komen