Nuffnang

Isnin, 19 November 2012

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2012 01:09 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 01:08 AM PST


<b>Stacy AF</b> Puas Jaga Anak Angkat | MyNewsHub

Posted: 02 May 2012 08:09 PM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia, Stracie Angie Anam atau Stacy, 22, merasa puas menjaga anak angkatnya, Bella Valentina walaupun baru menjaga bayi perempuannya itu selama tiga bulan.

Dengan kehadiran Bella, Stacy mengakui komitmen kerjaya dan jadual kerja yang padat membataskan waktunya untuk menjaga Bella sepenuh masa.

Tetapi, dia gembira apabila ibunya dapat membantu menjaga Bella sekiranya dia keluar berkerja.

"Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya program Mania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya.

"Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya," kata Stacy seperti dalam laporan mStar Online.

Bagi Stacy, dia menganggap anak perempuannya itu amat memahami dirinya walaupun masih lagi kecil dan tidak mengetahui apa-apa keadaan di sekelilingnya.

Malah, dia juga merasa sentiasa tenang dan gembira menjaga Bella membuatkan bayi kecilnya itu adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya.

"Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain.

"Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama," katanya.

Stacy mengambil Bella sebagai anak angkatnya pada 15 Februari lalu dari keluarga terdekatnya juga yang tidak berkemampuan untuk menjaga anak.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen