cik izyan | 3/16/2011 | 15 Komen
Pelakon Ezany Nizariff telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany. Ezany bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Perniagaannya yang bertambah maju itu membuatkan jadual hariannya begitu padat lebih-lebih lagi pelakon ini turut sibuk dengan karier lakonannya, namun isteri Ezany boleh menguruskan perniagaan berkenaan. Ezany menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing. -sumber mStar
Tag: Belacan, Berita Artis, Ezany Nizariff, Kicap, Perniagaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan