Nuffnang

Isnin, 5 November 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Gossip Penyanyi <b>Elly Mazlein</b> Putus Tunang | Sensasi Selebriti

Posted: 18 Oct 2012 06:50 PM PDT

Dari riak wajah saat diajukan soalan tentang status dirinya, penyanyi Elly Mazlein dilihat seperti ada yang tak kena.

Namun, Elly Mazlein katanya tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus atau pun masih lagi berlangsung. Malah, semasa ditanya tentang tarikh perkahwinan yang sebelum ini dirancang akhir tahun ini, Elly sekadar memberikan jawapan dirinya sedang menanti kata putus pihak lelaki.

Gosip Elly Mazlein putus tunang ini nampak ketara apabila Elly dilihat tak lagi memakai cincin tunang semasa Pelancaran Trailer Awan Dania yang berlangsung semalam. Namun, Elly memberi alasan yang dia tak sempat memakai cincin tunang sebab mengejar masa. Alasan ini sangat tak boleh diterima sebab pada majlis ini, Elly berdandan cantik menunjukkan dia mengambil masa yang agak lama juga untuk menghias diri, takkanlah nak menyarung cincin tunang tak sampai 30 saat tu tak sempat.

Elly Mazlein

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini.

"Harap semua faham, saya tidak akan memberikan sebarang komen tentang perkara itu selagi ia tidak disahkan betul-betul. Tak semua benda kita boleh kongsi dan Elly suka pendam. Kalau tarikh dah dipilih nanti, insyaallah Elly akan jemput semua media. Kalau ada jodoh tak kemana."

"Lagipun, menjadi sesuatu yang normal, tidak semestinya sebuah pertunangan akan diakhiri dengan perkahwinan. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai bukan," katanya berkias.

Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis.

gambar elly mazlein bertunang

Gambar semasa Elly Mazlein bertunang

Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.

Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.

Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin.

Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini.

"Fokus saya sekarang ialah single lagu Sabarlah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan bakal dilancarkan pada November ini.

"Ia juga merupakan tanda kemunculan saya di bidang nyanyian pula," katanya.

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu tersebut mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi, katanya:

"Adakalanya, kita berkongsi masalah peribadi menerusi lagu yang disampaikan tanpa orang sedar," ujarnya.

Its okay, Elly… ambil masa dulu untuk bertenang ya. Semoga majlis nikah akan berlangsung juga. Setuju dengan katamu, kalau jodoh tu takkan ke mana.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan