Nuffnang

Isnin, 5 November 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Dapat Hak Jagaan Anak | HARAPAN ESOK

Posted: 06 Oct 2012 07:05 PM PDT

Alhamdulillah..akhirnya Mahkamah mengumumkan hak penjagaan kepada Rita menjaga anaknya...apapun yang berlaku...aku harap semua masalah tetap ada penyelesaiannya..hanya ALLAH S.W.T tempat selayaknya memohon doa..bak kata RITA ALLAH SWT sentiasa bersama saya dan anak-anak....

Hanya rasa syukur yang dapat dipanjatkan aktres Rita Rudaini kepada Illahi, Selalu lalu, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Menurut Rita, sehingga kini, dia tidak mempunyai apa-apa perancangan berkaitan rumah tangganya dan akan mengikut sahaja rentak Aidil berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga menjadi pendorong buatnya untuk terus memperjuangkan maruah diri dan anak-anak.

"Saya rasa amat bersyukur kepada ALLAH SWT dengan keputusan yang diputuskan mahkamah Selasa lalu. Saya tidak takut kerana saya tidak pernah membuat apa-apa kesalahan dalam rumah tangga. Saya juga yakin,

ALLAH SWT sentiasa bersama saya dan anak-anak.

"Saya berdoa agar ALLAH menolong orang teraniaya seperti saya dan anak-anak. Saya cuma ingin buktikan saya tidak bersalah," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Zass.

Selasa lalu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status pemastautin pemain bola sepak kebangsaan tersebut dan Aidil gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

Selain itu, Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Jadual padat

Berkongsi mengenai perkembangan dirinya, ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, setahun, ini memaklumkan, dia bersyukur kerana tawaran lakonan tidak putus-putus datang kepadanya.

Katanya, sehingga hujung tahun ini, jadualnya padat dengan beberapa penggambaran telemovie, sebuah filem dan drama bersiri 30 episod.

"Alhamdulillah, syukur. Jadual saya memang penuh sehingga hujung tahun ini. Bagi saya ini semua rezeki anak-anak," ujarnya. -HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan