Nuffnang

Isnin, 5 November 2012

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Budak Pailang ala Filem Romper Stomper Malaysia?

Posted: 28 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 27 OKT 2012: Pengarah filem, Hashim Rejab mengakui filem terbaru arahannya, Budak Pailang mendapat inspirasi daripada filem Inggeris popular daripada Asutralia yang berjudul Romper Stomper.

Sungguh pun begitu, filem aksi pertama arahannya itu telah pun disesuaikan dengan acuan dan budaya masyarakat Malaysia apabila kebanyakan props yang digunakan di dalam filem ini berlawanan seperti apa yang terdapat di dalam Romper Stomper, misalnya penggunaan buah durian, tin sardin dan puntung rokok.

"Memang inspirasi saya untuk filem ini adalah daripada filem luar negara iaitu Stomper Romper tetapi idea aksi lawan yang saya persembahkan berbeza dan lebih segar daripada filem aksi Australia tersebut. Malah, saya banyak menonjolkan kemahiran penuh teknik berlawan yang betul.

"Dalam filem ini, teknik aksi yang digunakan lebih kepada idea-idea baru yang saya tonjolkan seperti belasah menggunakan tin sardin dan buah durian serta masukkan puntung rokok dalam baju .

"Sebenarnya saya menggunakan buah durian itu kerana kebetulan ketika itu ada salah seorang krew produksi membeli buah durian. Jadi saya terus terfikir untuk menjadikannya sebagai props," katanya selepas tayangan media Budak Pailang di TGV Sunway, malam semalam.

Filem terbitan Metrowelath(MIG) ini diterajui oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal serta bariasn pelakon lain seperti Zul Handy Black, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Man Rahman, Arien Yunus dan ramai lagi.

Bercerita mengenai kepuasannya kali pertama mengarahkan filem aksi, Hashim Rejab memberitahu masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaikinya di dalam filem itu.

"Saya memang tidak pernah puas dengan kerja saya, tetapi saya kagum dan bangga melihat kesungguha pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini. Mereka terpaska menyerahkan tubuh mereka untuk dibelasah dan dicederakan. Namun, saya bersyukur kerana semuanya selamat dan tiada kemalangan serius yang berlaku," jelasnya lagi.

Sementara itu, Hashim turut melahirkan rasa terkilan apabila filemnya diklasifikasikan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai filem untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja.

"Kalau hendak diikutkan, saya mahu filem ini dihadkan untuk tontonan 13 tahun ke atas tetapi LPF tidak meluluskannya kerana aksi-akis yang ditampilkan dalam filem ini dianggap terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tontonan 18 tahun ke bawah," luahnya lagi.

Filem yang menelan belanja RM 1.8 Juta ini akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 November ini.

Filem yang menjalani penggamabran sekitar lembah Klang ini mengishakan mengenai Badrul (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang budak samseng lepasan sekolah bersama rakan-rakannya Achoi (Epy Raja Lawak), Awang (Zalif Sidek), Dani (Arien Yunus) dan Wandi (Man Rahman).

Pada suatu hari Badrul telah menyelamatkan seorang gadis iaitu She (Wawa Zainal) daripada oleh sekumpulan samseng jalanan. Bermula daripada kejadian tersebut, berputiklah cinta antara mereka.

Badrul datang dari keluarga yang miskin dan selalu dibebel oleh emaknya, Esah (Maimon Mutalib) kerana tidak bekerja. Akibat sudah tidak tahan dengan hidup dalam kemiskian, Badrul mula melibtakan diri dalam dunia kongsi gelap dan menjdi anak buah kepada Alex (Zul Handy Black) seorang tokan dadah yang berpengaruh besar.

Kehidupan Badrul selepas itu berubah menajdi mewah dan senang lenang dengan kerja haram itu. Sehinggalah Badrul ditangkap dan dimasukkan kedalam sekolah Juvana. Apakah yang akan terjadi kepada Badrul dan rakannya serta kekasihnya? Semuanya akan terjawab dalam filem Budak Pailang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan