Nuffnang

Isnin, 5 November 2012

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


<b>Tomok</b>: Isteri Bantu Bawakan Jadi Lisa Surihani

Posted: 29 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 29 OKT 2012: Percubaan kedua Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28 dalam dunia lakonan dilihat telah menunjukkan peningkatan. Buktinya, watak Azad yang dibawakan penyanyi ini dalam Istanbul, Aku Datang telah mendapat pujian ramai.

Di dalam filem ini, Tomok memegang watak sebagai Azad iaitu teman lelaki Dian (Lisa Surihani) dan ia menuntutnya untuk melakukan beberapa adegan romantis bersama Lisa Surihani.

Namun, bagaimana agaknya penerimaan isteri Tomok, Siti Rahayu Abas mengenai perkara bidang baru yang diceburinya itu, apatah lagi kelibat wanita itu tidak dilihat pada malam pra tonton filem itu, pada Rabu lalu.

"Penerimaan isteri bila saya ditawarkan berlakon Istanbul, Aku Datang adalah positif. Saya pun telah menjelaskan kepadanya tentang apa yang perlu saya lakukan berserta peranan serta watak saya.

"Bukan sahaja itu, dia (isteri) banyak membantu saya. Selepas mendapat skrip daripada produksi,kami telah berlatih menjiwai watak tersebut di rumah. Yang seronoknya, dia telah bertindak membawa watak Dian dan sekaligus membantu saya menjiwai watak Azad yang merupakan kekasih kepada Dian dalam filem tersebut.

"Jadi, saya melihat perkara ini sebagai cara dia menyokong karier saya daripada setiap sudut dan bersikap profesional. Tetapi malam ini, dia tidak dapat datang kerana tanggungjawabnya kini sebagai ibu kepada Arrianshah Akid,"jawab Tomok mengenai hal ini.

Istanbul, Aku Datang merupakan filem kedua selepas Mantera yang mempertaruhkan bakat lakonan Tomok sebagai watak utama. Bagi Tomok, cabaran terbesar adalah melakonkan watak romantik yang pertama kali dibawanya.

"Pada ketika itu pihak RedFilms telah memanggil saya untuk hadir ke casting. Seperti mana orang lain yang mendapat tawaran keemasan seperti ini, saya juga tidak menolak. Saya melihat ini sebagai langkah saya untuk mempertingkatkan mutu lakonan.Saya difahamkan ada beberapa lagi calon lain yang turut dipanggil dan syukur Alhamdulillah apabila tawaran tersebut berpihak kepada saya untuk watak Azad.

"Malam ini pertama kali saya menonton Istanbul, Aku Datang dan secara keseluruhannya saya berpuas hati. Kalau diberi peluang saya mahu berlakon lagi kerana bagi saya lakonan juga salah satu cabang seni dan tidak rugi mempelajarinya.

"Cuma melakonkan watak Azad sedikit mencabar, apatah lagi ini watak pertama romantik saya, tak tahulah romantik ke tidak,"ujarnya yang nyata seronok mendapat peluang berlakon di ibu negara Turki itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan