Nuffnang

Isnin, 5 November 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


SEPARUH AKHIR AJL 27 <b>SHAHEIZY SAM</b> DAN YANA TARIK DIRI

Posted: 31 Oct 2012 11:29 PM PDT

Separuh akhir AJL 27 : Shaheizy Sam dan Yana tarik diri

Shaheizy Sam menolak dakwaan kononnya dia dan aktres Yana Samsudin tidak dibenarkan pihak pengurusan Metrowealth (MIG) untuk menyampaikan lagu duet Begini Caranya pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik (MM) ke-27 terbitan TV3 pada 11 November ini

gambar shaheizy sam dan yana separuh akhir ajl 27 : shaheizy sam dan yana tarik diri

Dalam kenyataannya kepada Kosmo pada Khamis, Sam berkata, keputusan untuk menarik diri daripada pertandingan itu adalah daripada dirinya dan Yana sendiri

Katanya, ia tiada kaitan dengan tuduhan kononnya mereka tidak mendapat pelepasan daripada MIG

"Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Saya berasa tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut

"Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman," katanya

Isu mengenai penarikan diri Sam dan Yana daripada menyampaikan lagu itu diumumkan pihak TV3 pada sidang media pengumuman lagu-lagu yang tersenarai ke peringkat separuh akhir MM27, baru-baru ini

Tempat mereka digantikan komposer lagu itu, Ajai dan Marsha Milan Londoh

FACEBOOK : Komen @ Kongsi Informasi Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan