Nuffnang

Jumaat, 28 Disember 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Usah Pertikai Kehamilan Saya – <b>Diana Danielle</b> |

Posted: 09 Dec 2012 05:28 PM PST


Hati manusia mana yang tidak sedih apabila kehamilan sendiri dipertikai. Abang Nara faham perasaan gundah gulana Diana Danielle sekarang. Niatnya hanya mahu berkongsi berita gembira mengenai kehamilan, sayangnya banyak pihak yang mempersoalkan status kandungannya.

diana danielle hamil

Mana-mana wanita pun akan sedih apabila dituduh terlanjur sebelum nikah dan kononnya telah hamil sebelum sah menjadi suami isteri. Bagi Abang Nara, tak perlulah semua itu diperkatakan. Cukup ucapan tahniah dan doa agar kehamilan itu dipermudahkan sehingga bersalin kelak. Tak ke gitu?

dd
Membaca kata-kata Diana Danielle di dalam BiPop semalam, Abang Nara dapat rasa betapa sedihnya jiwa Diana Danielle. Kasihan sungguh padanya. Sudahlah mengandung, stress pula dengan tohmahan yang bukan-bukan. Sedikit petikan untuk anda semua di bawah:-

Apa pun orang nak bercakap mahupun mempertikai pernikahan saya dan Farid, jawapannya mudah sahaja, jodoh kami dah sampai. Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan. Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja. Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi. Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang.

Kepada Diana Danielle, bertabahlah. Biarlah orang nak kata apa, yang penting anda sihat, kandungan anda sihat dan Farid Kamil sentiasa ada di sisi anda sepanjang kehamilan ini. Kepada pembaca BeautifulNara, marilah sama-sama kita doakan kebahagiaan pasangan pengantin ini. Amin ~~

Baca Yang Ini Pulak:-


(9 GAMBAR)Farid Kamil Dan <b>Diana Danielle</b> Berbulan Madu Di <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2012 10:14 PM PST


Seperti yang Abang Nara katakan sebelum ini, hujung tahun sememangnya waktu untuk bercuti. Menenangkan jiwa dan raga. Tak ketinggalan mengambil kesempatan ini ialah pasangan pengantin baru, Farid Kamil dan Diana Danielle. Mereka berdua kini sedang berada di Sydney, Australia untuk berbulan madu.

gambar bulan madu farid kamil diana danielle

Yang menariknya, pelajar-pelajar Malaysia di sana telah berkesempatan untuk bertemu dengan selebriti popular ini. Malah pelajar-pelajar ini telah membawa Farid Kamil dan Diana Danielle menikmati makanan di sebuah restoran di Sydney. Pasti mereka teruja bertemu dengan Farid dan Diana.

gambar bulan madu farid kamil diana danielle

7 lagi gambar percutian bulan madu Farid Kamil dan Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info dan gambar daripada Twitter AainaKona.

ryaniez

P.S: Jangan lepaskan peluang untuk mendapat photoshoot pre wedding percuma sekiranya anda menempah Ryaniez Moments Photography di hari bahagia anda. Info lanjut layari Facebook Ryaniez Moments Photography atau telefon mereka di 0192044408.

gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle
gambar bulan madu farid kamil diana danielle

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan