Elfira Loy - Google Blog Search |
Adik <b>Elfira Loy</b> Bertudung Kerana Mimpi Kiamat | MyNewsHub Posted: 27 Dec 2012 08:38 PM PST Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga Lalang, mencuri tumpuan kerana ramai kerana dia hadir dengan gaya bertudung. Anak ketiga daripada empat adik beradik ini memberitahu sebenarnya niat mahu berhijab sudah timbul sejak tahun lalu lagi. Namun hasrat itu hanya dilaksana sejak awal bulan ini selepas mengalami satu mimpi yang cukup mengerunkan dirinya. "Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit. "Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat. ""Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat," katanya yang dipetik melalu Malaysiadigest, di sini, hari ini. Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali dia mimpi perkara yang sama, tetapi kali terakhir mimpi itu, dia tidak dapat mencari ibunya. Itu yang membuatkan dirinya berasa takut sangat. Tambahnya, beberapa bulan sebelum itu, seorang rakannya yang menuntut di sekolah agama sering bercerita kepadanya tentang kisah-kisah nabi. Sejak peristiwa itu ia bagai satu hidayah buatnya lalu dia nekad mahu serius berhijab. Sungguhpun begitu, kata Ezlisa dalam pada perlahan-lahan mengubah penampilan dia memastikan kewajipan utama sebagai muslimah dilaksanakan dengan baik terlebih dalu misalnya memastikan solat lima waktu sempurna. Dalam perkembangan lain, Ezlisa bakal muncul dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, mulai 2 Januari 2013, jam 4 petang. Selesai penggambaran tersebut dia akan memperlahankan karier lakonan buat seketika kerana mahu menumpukan pada pelajaran dan peperiksaan SPM. Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Elfira Loy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan