Nuffnang

Jumaat, 28 Disember 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Tiada Cincin Di Jari, <b>Elly Mazlein</b> Serba Salah

Posted: 18 Oct 2012 02:38 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

SUBANG, 18 OKTOBER 2012: Jadi serba salah pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 32, dibuatnya apabila ditanya salah seorang wakil pihak media tentang ketiadaan cincin tunang di jari manisnya.

Bertambah serba salah lagi apabila dia mula berbicara soal single terbarunya berjudul Sabarlah Hati, di mana liriknya berceritakan kisah pasangan bercinta yang terputus di tengah jalan.

Lebih ironik lagi, apabila Elly Mazlein seolah-olah enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangannya, Azmi Mohd Hata,37, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.

"Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu.

"Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.

"Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai," katanya dengan nada penuh misteri.

Elly Mazlein ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem Awan Dania The Movie bersama-sama pelakon utama filem berkenaan, Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Jehan Miskin dan tidak ketinggalan pengarah, Rashid Sibir.

Jelas Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Tania dalam Awan Dania The Movie, dia tidak pernah meletakan masa atau durasi tertentu untuk disatukan dengan pengarah drama dan filem berkenaan.

Bagaimanapun dia redha, bila tiba masa dan waktunya, pasti mereka berdua akan disatukan tanpa sebarang desakan daripada sesiapa mahupun keluarga terdekat.

"Saya bernasib baik kerana keluarga saya sangat memahami diri saya. Mereka tidak pernah mendesak untuk saya kahwin cepat walaupun saya sedar usia saya sudah semakin meningkat. Sebab yang nak kahwin nanti adalah saya, bukannya mereka.

"Umur saya semakin lanjut atau tidak itu bukanlah masalah besar buat saya. Asalkan saya tak nak merana dikemudian hari, itu yang lebih utama. Kerana tidak semua perhubungan itu akan kekal sampai bila-bila," katanya penuh misteri.

Bercerita mengenai single terbarunya selepas lebih tujuh tahun tidak menyanyi, jelas Elly Mazlein lagu ciptaan Manusia Putih itu tiada kena-mengena dengan perjalanan hidupnya sekarang ini, bagaimanapun mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat secara menyeluruh.

"Ia hanyalah sebuah lagu dan saya tak nak peminat memberi tanggapan berbeza dengan kehadiran lagu ini meskipun ianya sebuah lagu balada yang sangat menyentuh hati.

"Kadang kala, kita tak ada cara untuk berkongsi rahsia dan lagu ini adalah cara untuk saya berkongsi perasaan. Saya harap lagu ini akan sampai ke hati peminat saya di luar sana," katanya bagaikan berteka-teki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan