Faezah Elai - Google Blog Search |
Tweet Bersama <b>Faezah Elai</b> | Solehah Shamsuddin Posted: 25 Nov 2012 08:02 AM PST Tak sangka kak Faezah Elai akan reply tweet saya, sebab tu baru sekarang saya sedar dan terus printscreen. Terima kasih akak sebab sudi tweet. Memang betul orang cakap yang kak Faezah Elai ni memang peramah orangnya. Love u akak! :) |
Bimbang Dugaan Sakit Ketika Bersalin | MyNewsHub Posted: 27 Dec 2012 06:04 PM PST PETALING JAYA – Pelakon Faezah Elai mengakui berasa takut untuk berdepan dengan proses kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada awal Februari tahun depan. Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezahh Elai berkata, dia risau dengan kesakitan yang bakal dialami lebih-lebih lagi selepas bertanya kepada rakan-rakannya yang berpengalaman melahirkan anak. "Saya tak boleh bayangkan bagaimana nak bersalin nanti. Hampir setiap hari saya tanya kepada rakan-rakan yang dah berpengalaman melahirkan anak dan ia membuatkan saya lebih takut dan tak senang duduk. "Malah saya membaca pelbagai buku untuk ibu mengandung sebagai persediaan proses kelahiran nanti. "Selain itu saya turut menghadiri ceramah-ceramah anjuran rakan saya sendiri untuk bakal-bakal ibu. Harap-harap tiada kesulitan yang akan berlaku nanti, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Dalam pada itu Faezah turut mengakui dia sudah mula rasa rindu untuk kembali berlakon dan tidak sabar untuk kembali beraksi pada April ini. Selain itu, isteri kepada pengarah drama Heykal Hanafiah itu bersyukur 'kehilangannya' buat sementara waktu tidak menjejaskan popularitinya lebih-lebih lagi dia bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun depan. Sementara itu, Faezah bakal membuka sebuah kafe di sekitar Sungai Buloh, dekat sini pada 2013 hasil daripada wang simpanannya sepanjang bergelar pelakon dengan menghabiskan modal lebih kurang RM50,000. "Sebenarnya, kafe itu dibuka khas buat ibu dan ayah di mana mereka akan menguruskannya. "Sebelum ini mereka pernah ada restoran di Pulau Pinang tetapi telah pun ditutup selepas berpindah ke sini (Kuala Lumpur). "Ini juga adalah salah satu cara saya menghargai jasa-jasa mereka," ujar pelakon berusia 30 tahun itu. – mStar Online Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Faezah Elai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan