Nuffnang

Jumaat, 28 Disember 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Rahsia Penampilan <b>Erra Fazira</b>

Posted: 27 Dec 2012 04:16 PM PST

Pelakon jelita ikut pesan ibu jaga penampilan diri demi status selebriti

Azimat ibu, Azizah Zaik supaya dia sentiasa menjaga penampilan diri walau hanya secalit gincu di bibir, cukup diingati primadona filem Melayu moden, Erra Fazira.

Biarpun mengakui lebih gemar gaya ringkas tatkala bersantai, pelakon yang mula melonjak namanya selepas membintangi filem Sembilu pada awal 1990-an sentiasa memastikan dirinya tampil rapi.

Saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi," Erra Fazira, Pelakon

"Saya hanya bergaya bila perlu seperti menghadiri majlis tertentu. Tetapi jika keluar bersantai, saya lebih suka bergaya kasual dan ringkas.

"Bagaimanapun, saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi.

"Mungkin sudah kerap bersolek membuatkan saya malas mengenakan mekap ketika keluar bersantai. Apabila perasaan malas menerjah, pesanan ibu akan membuatkan saya tersedar. Jadi saya akan segera menggoles gincu ke bibir," kata Erra ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Pereka Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, gaun dipakai Erra ciptaan pereka, Hatta Dolmat dipilih peminat sebagai busana permaidani merah tercantik pada ABPBH 2011, April lalu. Erra dan Hatta masing-masing menerima hadiah trofi dan barang kemas Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 daripada Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin.

Erra juga sangat meminati dunia fesyen. Tidak hairanlah, timbunan pakaian peribadi termasuk baju yang dipakai dalam filem Sembilu pada 1994 masih lagi disimpan rapi dalam kotak.

Menurut Erra, dia memiliki koleksi baju yang banyak hingga kadang kala sukar memilih yang mana satu hendak digayakan.

Bagi koleksi pakaian lama, kata Erra, dia lebih gemar menyimpan atau memberikannya kepada teman rapat berbanding menjualnya. Akui Erra, pakaian lama yang masih berkeadaan baik boleh dipakai semula ketika membintangi filem atau drama.

Walaupun memiliki nama yang disegani dalam persada seni tanah air, Erra bukanlah seseorang yang mementingkan jenama. Apa saja yang cantik di matanya, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran, 4 tahun, ini tidak kisah membelinya.

Namun, dia tidak menafikan memiliki rangkaian pakaian serta tas tangan berjenama. Tetapi Erra mengakui membelinya sebagai hadiah selepas berhempas pulas bekerja mencari rezeki.

Rakam lagu duet bersama Umie Aida

Dunia lakonan sudah sebati dalam diri wanita kelahiran Sungai Choh, Rawang ini. Malah, pendapatan dari sumber lakonan dan nyanyian selama inilah yang menyara hidup Erra, ibu dan adiknya.

Lantaran tidak mempunyai minat lain, Erra tidak akan sesekali meninggalkan dunia seni. Bagi memastikan kehadirannya di arena seni terus relevan, wanita ini berazam untuk memajukan prestasinya dari pelbagai sudut. Sama ada dalam kerjaya seni mahupun hubungannya dengan Allah.

"Bila bercakap soal azam, saya hanya terfikir mahu memantapkan prestasi saya dari semua sudut. Terutama sekali bidang lakonan kerana ia periuk nasi saya. Bagaimanapun, niat saya hendak memperbaiki mutu lakonan bukanlah disebabkan ingin mengejar anugerah. Sebaliknya, saya mahu peminat melihat peningkatan lakonan saya.

"Manakala untuk bidang nyanyian pula, setakat ini tiada lagi sebarang perancangan untuk menghasilkan album penuh. Lagipun, single saya Cinta Diam Diam tidak begitu menjadi. Bagi saya buat lagu juga bergantung pada nasib, kalau kena lagu yang sesuai dan tepat pada masanya, memang boleh popular.

"Pada masa sama, stesen radio juga memainkan peranan penting. Jika mereka tidak mahu memutarkan lagu kita, bagaimana peminat hendak terima lagu seseorang penyanyi. Kekerapan lagu itu diulang-ulang lambat-laun akan mempengaruhi selera pendengar juga," katanya yang bakal muncul dengan sebuah lagu single yang dinyanyikan secara duet bersama teman baiknya Umie Aida.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan