Aaron Aziz - Google Blog Search |
<b>Aaron Aziz</b> Terkejut Dituduh Kekwat dan Demand! Posted: 11 Jan 2013 04:00 AM PST berita | Tempatan Jangan Tak Lihat KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Tidak dinafikan populariti pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz semakin meningkat naik sejak setahun lepas. Lebih-lebih lagi selepas filem Ombak Rindu mendapat sambutan hangat dan disusuli dengan gelaran Bintang Paling Popular 2011, tahun lalu. Namun, asam garam bergelar anak seni, sebaik sahaja Aaron mengecap populariti, dia terus dihimpit dengan pelbagai kontroversi termasuklah isu pemohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang menjadi pertikaian dan perhatian semua pihak pada pertengahan tahun 2012. Permulaan 2013, sekali lagi tunggak utama drama bersiri popular Adam dan Hawa ini dihimpit dengan kontroversi yang kurang enak. Aaron Aziz didakwa kekwat dan sombong di sebuah set penggambaran drama serta tidak bercampur dengan artis-artis lain. Aaron juga didakwa berkelakuan 'diva' dan berkehendakkan layanan VVIP sepanjang penggambaran berlangsung. Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, portal murai.com.my sempat menemuramah pelakon ini di Majlis Pelancaran Tayangan Perdana Episod Akhir Drama Bersiri Adam dan Hawa yang diadakan semalam (Khamis). Bagaimanapun, sebaik soalan diajukan aktor ini dengan tenang menyangkal dakwaan tersebut yang dianggap keterlaluan serta berunsur fitnah. "Saya sebenarnya terkejut apabila dituduh sampai begitu sekali. Saya nak juga tahu daripada mana si penyampai berita tu dapat cerita. Macam nilah, bagi saya kalau seorang sahaja yang berkata-kata, tak perlulah saya terasa atau melenting.Sesiapa pun akan dapat bezakan sama ada cerita itu benar atau pun tidak," katanya kepada murai.com.my. Selain isu kekwat dan diva, Aaron turut dikatakan sudah pandai meletakkan harga yang tinggi dan semakin demand sejak kebelakangan ini. Tidak mahu komen banyak, Aaron hanya meluahkan rasa kesalnya kepada portal murai.com.my kerana baginya cerita tersebut sama sekali tidak benar. "Saya tak faham kenapa isu macam tu boleh timbul.Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Cerita-cerita demand ni bahaya sebab ia boleh mencalarkan imej serta reputasi saya. Nanti lepas ni orang takut pula nak ambil saya berlakon. "Tak apalah, saya anggap ia sebagai asam garam bergelar artis. Apa yang lebih penting sekarang ni, saya nak fokus kepada kerjaya dan mahu bekerja lebih keras untuk keluarga, itu lebih penting," katanya. |
You are subscribed to email updates from Aaron Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan