Nuffnang

Sabtu, 12 Januari 2013

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Hot FM dan <b>Awi Rafael</b> sampaikan bantuan banjir di Setiu <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 06:34 PM PST

Sebanyak 64 orang daripada 12 keluarga mangsa banjir di Kampung Nyatuh dekat sini bukan sahaja menerima bantuan keperluan harian, malah turut diceriakan dengan kehadiran penyampai radio Hot FM dan artis yang sedang mencipta nama, Awi Rafael di sini kelmarin.

Antara penyampai radio terlibat termasuk Nurul Ain Omar (Ain) dari Hot FM, Nur Shazreena Abd. Rahim (Chad), Nordin Madian (Deen) masing-masing dari Hot FM Sentral serta artis kumpulan Klangit yang turut menyumbangkan bantuan tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim berkata, sumbangan yang diagihkan seperti beras, sabun, kopi, ikan sardin dan gula sebagai tanda simpati pihaknya terhadap mangsa yang ditimpa bencana alam itu.

Menurutnya, program yang dianjurkan itu merupakan salah satu khidmat masyarakat korporat bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik dan kanak-kanak kurang upaya, selain menceriakan mereka selepas dilanda bencana itu.

"Awal Disember tahun lalu, pihak kami menganjurkan satu majlis amal iaitu Hot FM Buka Bonet membabitkan beberapa artis serta penyampai radio kami di Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan mengadakan pungutan derma.

"Hasil program itu, kami memperoleh hampir RM7,000 dan kesemua wang itu disalurkan kepada Tabung Amal Palestin Media Prima dan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Pengagihan bantuan kepada mangsa banjir itu diadakan di Pusat Pemindahan Banjir terletak di Surau Kampung Nyatuh yang turut dihadiri Penolong Kanan Pegawai Daerah Setiu (Pembangunan Fizikal), Mohamad Ridwan Mohd. Nor dan Penghulu Mukim Pantai, Suhaimi Isa.

Jelas Anida, untuk program ini, penyampai radio serta artis terbabit mengadakan 'Hot FM Busking Amal' di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Mydin Mall bagi mengutip derma untuk membantu mangsa banjir berkenaan.

"Kita harap dengan kehadiran artis ini dapat menggembirakan mereka yang mengalami bencana itu baru-baru ini," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan