Didie Alias - Google Blog Search |
<b>Didie Alias</b> Pilih Artis Kegemaran Bercuti Ke Cairo, Beijing Posted: 19 Oct 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Jangan Tak Lihat Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Danish KUALA LUMPUR, 19 OKOTOBER 2012: Pelakon dan pengacara, Didie Alias bakal membawa 12 artis pilihannya untuk bercuti ke beberapa destinasi menarik termasuk Cairo dan Beijing dalam program terbaru anjuran syarikat pelancongan, Arlief Event & Management (Arlief), Jom Melancong Bersama Didie Alias. Dua belas orang artis itu termasuklah Elfira Loy, Erra Fazira, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Johan As'ari, Nabila Huda, Dafi, Along Raja Lawak, Enot dan beberapa orang artis lagi masih dalam perbincangan. Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 39, berkata dia memilih artis-artis tersebut untuk bersamanya berdasarkan keserasian dan keselesaan mereka sebagai kenalan artis. "Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi dan melihat peluang ini sebagai platform terbaik untuk mengembangkan lagi kerjaya seni saya. Jujurnya tugas pengacaraan dan bersandar pada tangungjawab sebagai artis jemputan kepada sebuah program pelancongan adalah sesuatu yang ringkas dan lama ditunggu. "Selain diberi kepercayaan menjadi duta untuk program ini, saya juga diminta untuk memilih artis untuk bersama program ini. Jadi saya memilih rakan yang rapat dan dikalangan mereka yang saya sudah kenali. "Saya memilih mereka kerana selain selesa, saya dapat rasakan mereka ini boleh memberi kerjasama yang mudah dan hyper untuk melayan peminat yang akan turut bersama ketika jelajah nanti," katanya selepas sidang media Jom Melancong Bersama Bersama Didie Alias, di Menara Kuala Lumpur, petang semalam. Selain rakan artis, syarikat pelancongan itu turut menawarkan pelancongan tersebut kepada 200 hingga 300 orang awam atau peminat artis-artis tersebut dalam setiap lokasi pelancongan. Selain Bejing dan Cairo, Arlief turut menawarkan lokasi percutian lain dalam dan luar Negara termasuk Pulau Perhentian, Terengganu, Pulau Langkawi, Kedah, Beijing, China, Kaherah, Mesir , Seoul, Korea Selatan, Phuket, Krabi, China, Egypt, Morocco, Spain dan Hong Kong. Percutian lokasi pertama akan dimulakan dengan percutian atas kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, Thailand pada Disember ini. Sebelum ini, Arlief pernah menganjurkan program percutian bersama penyanyi terkenal, Awie ke Beijing dan Mongolia. Atas kejayaan program tersebut juga, syarikat pelancongan itu sekali lagi terpanggil untuk melibatkan artis lain bagi setiap program percutian kelolaan mereka. Sementara itu, Pengarah Urusan Arlief, Muhamad Alif Haziq Azman berkata Didie Alias dipilih berdasarkan karaktor, personaliti dan profil seninya yang begitu baik selain popularitinya dalam industri seni tempatan. "Selepas Awie, saya merasakan Didie artis yang sesuai pula untuk mengemudi program ini kerana sikap ceria itu diyakini boleh membuatkan percutian ini lebih manarik dan unik," jelasnya. Selepas percutian ke Phuket dan Krabi, program percutian itu akan diteruskan ke Beijing, China (25-30 Januari 2013) dan seterusnya Cairo Egypt (21 -26 Februari 2012). Maklumat lanjut mengenai pakej percutian menarik itu boleh didapati menerusi laman web www.arlief.com atau emel ke info@arlief.com. Anda juga boleh terus menghubungi talian 03-6142 8072 untuk sebarang pertanyaan lanjut. |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan